KOREA - CERITA TENTANG PENGALAMAN < DAY 2 >

3:17 PM

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hello Pulau Nami. Namiseom Pulau Cinta.
Baca entry PART 1



DAY 2 - WINTER SONATA TOUR



ANNYEONG-HASEYO. Hari kedua kami di Seoul. Untung ny travel dengan family ni sebab boley jimat dengan makanan yang sedap. Breakfast pagi ni dengan nasi goreng, sambal ikan bilis, serunding & telur goreng. Hee..xde lah nak makan maggi hari2 untuk alas perut kan. Yang apartment kuning tu tempat penginapan kami sepanjang di Korea ni. Simple and nice~ Arini 1 ari kita fefeeling drama winter sonata jek tau walaupun tak pernah abad ak layan drama ni. GA-JA..!!


Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 min dari rumah kami nak ke sini. Macam dari Jempol ke KL. Hee~ Azri si tour guide kami banyak berkongsi ilmu kepada kami sepanjang dalam perjalanan. Kata ny makanan halal senang didapati di Nami Island & Itaewon. Selain makanan halal, Azri juga berkongsi cerita tentang bunga Sakura lagi. Rupa ny untuk musim SPRING tahun ni kami terawal sedikit datang kerana bunga baru nak bercambah. Belum mekar penuh. Walaupun sadis, tapi ad jugak sesetengah tempat yang dah berbunga penuh. Jika Jeju &Busan lambat mengeluarkan bunga, maka Seoul lagi lah lambat. Mungkin dalam minggu depan full blooming. Smh smh smh..




Sebelum masuk ke pulau, Mus, Farid & family akak ak shopping glove kat kedai comel uncle ni. Pandai pulak bebudak laki ni mintak murah dengan uncle ni. Dapat kau! Cer korang cakap kaka juseyo. Mintak diskaun lettew. Sementara kami bergambar di Gapyeong Wharf, Azri pula settlekan tiket kami untuk ke Nami Island. So, ak x tau berapa harga tiket. Huhu..





Kami menaiki feri untuk ke Nami Island. Boleh pilih untuk menikmati pemandangan di dek atas, bawah atau duduk kat dalam je. Lebih kurang 10 min kami sampai di Pulau Nami. Actually, korang boleh pilih samada menikmati keindahan dengan menaiki feri atau menaiki zipwire


Sampai di pulau dalam area 11.30 am macam tu, kami bergambar dulu di entrance pulau. Then, kami terus mencari restaurant untuk lunch untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Ehh..kata Azri kalau tengahari orang memang crowded dalam restaurant. Kira macam tips jugak lah untuk mengelakkan pembaziran masa. Tapi memang betul pun, bila x ramai tu makanan cepat sampai & dapat makan dengan tenang. Eceh..


Asian Family Restaurant



Highest recommendation..!! Makanan sedap harga pun sedap..ahaks! Nora bagi 5 bintang!!


Rice with marinated beef and vegetables – ME
10,000 won
Me be like…sedap weiiii!!


Bulgogi with rice
10,000 won


Spicy beef noodle
12,000 won


Rice with spicy grilled chicken
10,000 won


Grilled chicken with terriyaki sauce and rice
12,000 won


Noodles with black soybean sauce
9,000 won

Ehh yang ni ke black soybean yang ak tengok dalam drama dorang tu.?? Sampai terliur kot tengok dorang makan. Sekali ak try, pergh kombang tokak mak. Memang x kena selera ak. Nasib yang ak makan sedap woo…Tapi tengok si Aaima ni makan memang berselera abes. Behave jek makan. Anak sapo la ni..hihihi




Suasana dalam restaurant. Selepas makan kami ke surau yang berada di sebelah atas restaurant. Sangat2 selesa surau kat sini. Luas pulak tu. Terdapat juga ruang mini library untuk children. Selepas solat, kami meneruskan misi meneroka bumi Nami.




Di sini terdapat 20 gardens dengan kisah ny yang tersendiri untuk dilawati. Rasa ny macam tak cukup sehari kot nak pusing 1 pulau Nami ni. Antara ny Memorial Garden, Theme Garden, Citizen Garden, Story Garden & the 7 giantic trees. 



Map Pulau Nami. Kalau dilihat pada bentuk ny tu pulau ni berbentuk separa bulat berkeluasan 430,000 meter. Jom cuci mata dengan pemandangan indah di Pulau Nami.


Iseul Recycling Garden


Mongyonji Pond. A wish for sweet dreams. 
Konon2 nak baling duit syiling tapi posing je lebih. Hee..


Ring a bell!!



Aaima & Aiman. Sejuk2 ni memang fevret Aiman lah. Mimpi sampai ke bulan agak ny.







Gongsaengwon Garden

Di sini terdapatnya Winter Sonata photo galleries dan replika hero & heroin Winter Sonata iaitu Jun-Sang & Yu-jin. Ehh Yu-jin.. tolong tepi skeet.










Walking Paths


Terdapat banyak walking paths di sini antaranya Metasequoia Footpath juga dikenali sebagai living fossils, Ginko Tree Lane, Korean Pine Tree Lane, Riverside Lover’s Gingko Tree Lane et cetera, et cetera, et cetera.. See..?? Ad tupai bertanduk chomel..!! aka Red Squirrel..


Pokok Cherry ~

Mak dan bunga tiada pisah ny..


Isi perut yang kelaparan di atas stage 


Sujaewon Garden 

Taman peringatan untuk founder pulau Nami iaitu chairman Minn-Byeong-do aka “Sujae”




Bunga cinta di Nami



Untuk sesiapa yang ingin bermalam di sini disediakan beberapa cottage, bungalow & hotel. 









Berakhirlah cerita ak di Nami Island. Dalam perjalanan balik ke tanah besar ak sempat bergambar dengan abang cute..ehh!! Ni perempuan okeh!


Dongdaemun Design Plaza (DDP)
" The futuristic architecture "


Next checkpoint kami adalah LED Rose Garden. Sementara menunggu lampu2 berkilauan dari bunga2 rose ni pada waktu malam, kami melepak di DDP. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di DDP antaranya, fashion show, exhibitions, conferences, event di dalam dan luar negara. 











Bangunan di sekitar sini banyak berunsurkan futuristik. 



Subway yang terdapat di area DDP. Kami sempat belajar cara membeli tiket daripada Azri.






Pemandangan di sekitar LED Rose. Malang nya, setelah lama kami tunggu sehingga Maghrib, rose masih tidak menyala. Frust sket sebab tak dapat nak menikmati keindahan cahaya berkilauan dari rose2 tersebut. 


Myeong-dong
" Syurga barangan kosmetik "


Sampai di apartment, kami berehat sekejap dan bersiap2 semula untuk keluar semula. Malam masih muda kan. Hehe..kami ke Myeong-dong dengan menaiki 2 buah taxi. Total taxi untuk ak setelah dibahagi2 kan pergi dan balik dalam 1500 won. Katany Myeong-dong ni kawasan syurga membeli belah bagi barangan branded & kosmetik, harga pun jauh lebih lagi murah dibandingkan kat Mesia. Terdapat banyak juga street food di area yang pasti ny DAEBAK!!



Grilled octopus
4000 won


Ini Aaima punya..jangan curik!




Demo produk kosmetik dorang. Series best!!



Tengok laa betapa flawless ny kulit dorang walaupun lelaki. Tergugat mak nak oii..!! Kami tak sempat nak masuk banyak kedai sebab dah lewat sampai. Dalam area 11 pm kedai mostly nak tutup dah. Macam kitorang sempat masuk 2-3 kedai je.


Memang bercadang nak beli cap untuk cik tunang. Tapi dia tak reply wassap pulak. Cantik dah cap ni. Rugi rasa ny tak beli kan je sebab ny beli kat itaewon harga mahal terkutuk. Beli yang harga standard design pulak tak cantik. =(
 



Snap pic supaya tak sesat cari jalan pulang. Hee~


Hasil tangkapan di Face Shop.
Aloevera 4500 won ( RM 18 )
Cleanser 3300 won ( RM 13.20 )

Murah ke murah..?? Haa...
Tido dalam kesenyuman ~



Notakaki : Day 3 di Korea. STAY TUNEEDD..!!

Baca entry lain

2 darlings

  1. Really a beautiful place to visit, explore and taste their delicious cuisines...

    ReplyDelete

DRAMA QUEEN