KOREA - CERITA TENTANG PENGALAMAN > DAY 1 <
12:45 PM
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Hello Korea. Annyeong-haseyo.
As salam.
Lama terpendam pengalaman ak ke korea tempoh hari. Sebulan lebih sudah ak ke
sana. Setelah ak selesaikan hutang PTPTN ak via KWSP account 2 ( rujuk di sini), maka semangat ak makin meluap-luap bak naga yang kelaparan di bulan puasa.
Huhu. Memang semangat wei. Tiket dibeli ketika Air Asia promo free seat. Kami
pergi 5 hari 4 malam which is 5/4/17-9/4/17. Musim SPRING gituw. Kami bertolak jam
1.00am, perjalanan lebih kurang 6 jam, jadi ny sampai cun2 je pagi.
Haa…nak g
travel ni wajib tunggu promo seat key. Kau bayangkan lah anak buah ak beli
tiket lebih kurang sebulan selepas kitorang beli, tolak tambah dalam RM1400.
Kak itun ak plk beli last minit tiket RM1800. #Matilanak. Sedangkan waktu promo
kitorang ny tiket hanya RM1000 jer. Haa..nampak tak beza dia jauh giler. Bagai
aur dengan tebing. Ehh..
Orait,
disebabkan yang pergi ni bercampur dari golongan super emas ke super muda, akak
ak decide untuk travel melalui agensi Lurima Travel. Semua disediakan excluding
accommodation. Antara yang disediakan transportation & itinenary. Total
untuk agent RM 1360. Memang sangat selesa la kan, xde terkejar-kejar dengan
bawa baby ny lagi. Antara tempat yang kami lawati boley refer di bawah :
5/4/17 ( Historical Tour )
Bukchon
Hanok Village
Gyeongbuk
Palace
Insadong
Art Street
Cheonggye
Stream
6/4/17 ( Winter Sonata Tour )
Nami
Island
LED Rose Garden
Malam
aktiviti bebas
7/4/17 ( Theme Park Tour )
Everland
Theme Park
Banpo
Rainbow Bridge
Malam
aktiviti bebas
8/4/17 ( Culture & Market Tour )
Seoul
Namsan Tour
Namdaemun
Market
Yeouido
Park Cherry Blossom Festival
9/4/17 ( Check out )
Then, untuk
penginapan akak ak cari via website online. Apartment.
Add : The Comfort
Family,
Daesagwan –ro 5-gil,
Yongsan-ku yongsan-Gu,
04400 Seoul.
3 bilik 2
bilik air. Sangat2 minimalis. Comel je rumah diorang. Owner siap pesan asingkan
sampah mengikut plastic kering, basah, tin. Bagus kan. Tak pernah lagi ak masuk
homestay kat Mesia ni owner mintak asingkan plastic sampah. Muehehe. Total
936,000 won. Pergh..kayo mak nak oiii.
DAY 1 –
ARRIVAL & HISTORICAL TOUR
Babai Malaysia tanah tumpah ny darahku. Kitorang bertolak lebih kurang tolak tambah kol 1 am. Dapat plak dok tepi tingkap, YESS!! Bahagia gile.
Pandang kiri kanan,
line clear selfie 1 pic skeet. Sekali tengok…cait! Budak belakang photoboom.
Sorang Ju-on sorang lagi joker.
Sepanjang perjalanan
ak tak berapa nak nyenyak tido. Kol 4 ak dah terbangun, da la malam melayan
perasaan tengok lampu2 kat luar jendela. Pagi bangun2 pun dah melayan perasaan
tengok luar jendela jugak. Ouh mai..rindu suasana ni. Tengok awan2 kat sebelah
ak. Hampir2 nak sampai Seoul minah Korea sebelah ak ajak berborak plk.
Dem..dengan mulut x bergosok lagi memang x selesa abis ak nak berborak. Nasib
la nak. Dia dah lama dok Malaysia. Kata ny nak balik kampong. Seoul ni
terlampau padat dengan orang so she decided untuk stay kat Malaysia. Dah jatuh
cinta lettew.
Kami tiba di
Incheon International Airport. Al kisah ny mak ak bawak rendang daging untuk
dimakan kat sini. Tapi masalahnya mak ak x simpan dalam luggage. Bawak naik
atas plane. So, kat sini memang strict bab2 makanan yang berasaskan ternakan.
Mereka akan check dulu. Takut bawak penyakit konon ny. Penyakit lembu gila
mungkin. Sian mak ak, penat lelah buat last2 rendang dia kena buang masuk dalam
plastik. Sob sob. Terkilan jugak kitorang. Camne boley terlepas pandang rendang
mak ak ni. T T .
Terkilanan
mak ak terubat dengan pokok2 orkid di sepanjang laluan dalam Incheon Airport.
Hihihi..Okay, ni memang muka original w/out bedak eh. Memasing muka masuk
airport macam harem.
Sempat
selfie dalam toilet airport. Bersih oii. Kau hado? Ak selfie ni pun sebab nk
tunjuk bukti yang kawasan dorang ni x nampak 1 sampah hatta yang halus2 pun. (
tipu lak ai ) Tapi series memang xde sampah.
Memasing
muka dah segar bugar, mulut pun dah wangi. Keluar2 je dari pintu airport, mak
oiii…sejuk tak hengat ni. Suhu mencecah 11 darjah celcius. Nasib ak pakai
cardigan tebal bulu2 untuk survive. Hohoho.
Suasana
dalam bas meriah dengan pelbagai usia. Bas yang kami naiki pun sangat selesa.
Alhamdulillah. 10.00am kami gerak dr Incheong ke Seoul. Perjalanan amik
masa dalam 1 jam jugak la.
Terima kasih
juga untuk tour guide kami Azri yang sudi melayan segala pertanyaan mak ak dan
kitorang sepanjang perjalanan. Mak ak pantang nampak bunga, mesti tanya kat
Azri. Hehe. Tepi2 jalan penuh dengan bunga carnola, plum blossom & sakura. Apa beza ny plum blossom & sakura ni..?? Kata Azri, plum blossom kurang terang warna ny compared to sakura.
SEOUL KAMI DATANGGGG!!
INSADONG STREET ART
Sesampai ny
di Seoul, kami singgah di stage kaki lima di Insadong Art Street untuk
breakfast. Jap g ad plak yang pengsan berjemaah perut masuk angin kang. Tak
silap ak, stage ni digunakan untuk buat persembahan apa ntah. Kami makan nasi
impit, sambal ikan bilis & serunding. Nikmat tak terkata wei. Tengah2
nikmat, hujan la pulak. Payung memang xde la kan. Beli je kat kedai area
Insadong ni dalam 6000 won, RM 24. Suhu makin drop sebab hujan.
Selain payung, benda yang pertama ak
beli adalah susu pishang. Haha. Kalau dulu, kat Krabi susu pishang meiji yang
ni ak xtau la plak brand ap kan. Anak buah ak la ni yang suggest dah datang
sini WAJIB beli susu pishang. Ad banyak jenis, kami try yang light. Beli 2
botol free sebotol. Total 2600 won.
Kat sini
banyak kedai2 baju dan sebagainya. Kalau nak sewa hanbok pun boley cari di
sini. Disebabkan hujan rasa macam leceh plak nak bergerak pakai hanbok kan.
Tengah best2
cuci mata, kami ditegur oleh Korean guy yang fasih berbahasa melayu. Comel gile
pelat dia. Marketing dia super duper bagus. Kemudian, dia tunjukkan demo cara
buat kkul tarae. Actually, kkul tarae ni sejenis Korean dessert. Siap bagi
sample untuk kami rasa. Tak tau macam mana nak describe rasa dia tapi memang
best. WAJIB JUGA CARI DAN BELI..!! Harga..?? X ingat..haha.
BUKCHON HANOK VILLAGE
Seterusnya, kami ke Bukchon Hanok
Village. Suasana yang berbukit bukit sepanjang perkampungan, patut lah Korean
people ni kurus2 belaka..huhu. Ciri2 traditional yang berukir2 dekat setiap
rumah diorang tersangatlah cantik. Katanya mengekalkan senibina rumah lama
Dinasti Joseon. Im fall in luv dgn scenery kat sini, memang sesuai la dengan jiwa klasik ak. Hehehe..
Hanbok girls di belakang ak
dan Hanbok boys di sebelah didie.
Hanbok Boys..??
Sementara kami bersiar2 mencuci mata
di kawasan village, family akak ak menikmati secawan coffee di coffee shop
dengan harga 5000 won which is RM 20 kalau di Malaysia.
Sementara di luar coffee shop.
GYEONGBOKGUNG PALACE
" Palace Greatly Blessed by Heaven "
Hujan still
x berhenti. Kata Azri kalau arini hujan, esok dan mendatang tak hujan dah.
Huhu. Jari-jari tangan ak dah makin mengembang,kekejangan dan hampir bertukar
jadi merah. Nasib bukan mak kau hijau. See…jari ak jadi gemuk dalam pic.
Syndrome apakah? Raynaud’s Syndrome? Meh…Memang tak boleh tahan la sejuk ny tu
sampai tahap menggigil.
Haa ni lah
istana beraja masa zaman Dinasti Joseon. Dibina pada 1395. 622 tahun dah usia istana ni dan ak berada di
depan ny sambil buat peace. Hee ~ Gambar2 sekitar hari pertama banyak yang kabur
sebab hari hujan. Tapi xpe, yang penting dapat menghayati senibina yang terdapat di dalam istana ni. Sangat cantik dan penuh dengan ukiran kasar dan halus di dalam dan luar bangunan.
Tempat bersemayamnya raja.
Ukiran bumbung laluan diraja ketika
waktu hujan.
Berjalan sedikit ke belakang palace, terdapat Gyeonghoeru Pavilion dan tasik yang mendamaikan di sekeliling ny. Sempat fefeeling fly me to the moon kejap. Hee~
Berakhirlah
hari pertama kami di Korea yang diiringi dengan hujan. Tragedi di Krabi berulang
kembali. Haha. Tour guide kami advise untuk ke Cheonggye Stream iaitu tasik
buatan manusia pada last day coz x cantik kalau g waktu hujan2 gini. Kami terus
balik ke apartment untuk check in, malam aktiviti bebas tapi disebabkan badan
masih terkezut & letih, kami plan untuk berehat je. Pagi esok kena bangun
awal untuk ke Nami Island pula.
Notakaki : KOREA DAY 2. STAY TUNED..!!
2 darlings
Syoknye... InshaAllah nk kesana jugak nanti bila berpeluang
ReplyDeleteAmeen..ad peluang tu. best g sana. :)
Delete