KOREA - CERITA TENTANG PENGALAMAN < DAY 3 >

3:45 PM

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hello Everland. A magical world of adventures & excitement.

Baca entry PART 2


DAY 3 - THEME PARK TOUR


ANNYEONG-HASEYO. Hari ketiga kami di Seoul. Pagi ni kami breakfast bihun goreng pula. 


Si cutey Aiman dan hoodie ny


Pagi sebelum bertolak, anak buah ak sempat berjalan2 dan mencuba ais krim Turki.


On the way ke Everland Theme Park


Kami perlu menaiki shuttle bus untuk ke main gate Everland. Selagi boleh sumbat, kita sumbat je. Yer la, masa itu emas kan. Hee..



Tiket masuk ke Everland. Harga dah termasuk dalam package kami. Setiap kali nak masuk games perlu tunjukkan panda chomel ni ke dorang.


mak dan besan 


Main gate Everland



Everland merupakan theme park yang terbesar includes zoo & water park. Untuk pengetahuan korang, Everland ni terbahagi kepada 5 zone iaitu Global Fair, Zoo-topia, Europian Adventure, Magic Land & American Adventure. Pemandangan kat sini memang cantik & bersih giler, setiap ceruk penuh dengan landskap. No wonderlah kan, sebab ny dioperate oleh Samsung Group. Wooww!!


GLOBAL FAIR


Tiket & Map


Magic Tree








Tullie House





Live Hologram Theater

Lepas je masuk main gate, terus ke zone Global Fair, terdapat sepohon daunan yang dihiasi penuh dengan bunga dikenali sebagai a giant magic tree. Memang port wajib bergamar di sekeliling pokok ni. Di kawasan ni juga dipenuhi dengan pokok pasu bunga & bangunan kedai yang cantik. Antara attraction yang terdapat dalam zone di sini ialah Live Hologram Theater .



ZOO TOPIA




LED screeen




Eeeyy...geram ny!! Rasa nak peluk2 je



Salah satu tarikan yang terdapat di zone Zoo Topia ni adalah Panda World. Sebelum bertentang mata dengan real panda ( first time ak tengok real panda kot! ), kami dihidangkan dengan short movie di screen LED. Terdapat  2 ruang kiri & kanan yang menempatkan Le Bao & Ai Bao. Cute sangaaattt!!..hee. 


Kemudian, kami berpecah kepada 2 groups. Ak & akak ak ke zone American Adventure sementara mak ak meneruskan lagi di zoo topia. Ehh..mana group anak buah ak?? Dorang mengejar ke T Express!!


Persembahan Sea lions


Lost Valley


Safari World


AMERICAN ADVENTURE


Robot VR

Eksited nak naik tapi rupanya harga tak termasuk dalam tiket. Yang ni korang kena bayar kat kuanter khas dia.



Columbus Adventure

Best giler! Bayangkan kau jatuh dari ketinggian 33 meter. Series gigil2 kaki ak.



Hurricane

Rasakan penangan ribut taufan di ketinggian 19 meter. Ehehe..Kalau korang jenis cepat muntah ak syorkan jangan naik. Sebab benda ni berpusing sambil menghayun.


Rolling X-Train

Yang ni pun best jugak. Super fast roller coaster. Tapi macam tak puas naik sebab rasa sekejap jek. Beratur punyalah panjang amik masa sejam jugak.



Ice Cool

Pekena Ice Cool. Legaaa. Tak hengat berapa harga. Ouhh…kembarku tertinggal di Korea. 

Okeh! Series ak cakap korang memang kena naik semua games kat sini. Macam kitorang tak sempat nak merasa semua sebab kena kejar masa untuk ke next checkpoint. Tak cukup hanya separuh hari. Games kat sini tak sama macam yang Mesia punya macam di Genting. Ak pun tak tau nak cakap macam mana tapi menggigil kaki kot naik yang sampan tu. Genting, ak still boley rileks lagi! Di Rolling X-Train, cuaca dah makin panas. Beratur pulak nak dekat sejam sebab ramai orang. Air plak takde memang haus la #matilanak. 

Tips : Korang kena bawak air sebotol.


EUROPEAN ADVENTURE



Mystery Mansion

Not recommended. Haha..sesuai untuk kanak2. Duduk atas kerusi dan tembak2 entiti. Me be like..demm.



T Express

Highly recommended! Yang ni anak buah ak dok kejar dari awal. Sejam jugak beratur. Ak tak sempat nak naik. Ish ish ish..Game ni merupakan the steepest falling degree di dunia. Tengok pun dah gerun en.


Carnival Fantasy Parade

Eksaited Aaima berjoget.Hee~


EVERLAND TULIP FESTIVAL











Four Seasons Garden


Disebabkan sekarang adalah musim bunga, mata kami sampai naik juling dengan bunga2 tulip dan seangkatan dengan ny. Terdapat lebih kurang 1.2 million dengan 100 jenis tulip di sini. Haa..kau bayangkanlah camne kitorang tak naik juling. Hee...






Studio Type Garden


Kat sini juga dorang ad buat style studio untuk photoshoot.


Colourful lightbulb

Yang ni merupakan tarikan untuk waktu malam. Korang boleh tulis wishes dan masukkan dalam bulb.


LED Musical Rose Garden

LED Musical ni dorang buat waktu malam jugak. So, kitorang tak dapat la nak tengok keasyikkan cahaya LED dari bunga2 ros di bawah payung putih tu.


Gwiyeopta

Mana nak jumpa cleaner macam ni selain kat Korea. Kikiki..


Magic Time Restaurant


Sementara mencari surau untuk solat, ak terjumpa pokok yang super duper gojes ni. Unik sangat!


MAGIC LAND



Spooky Fun House


Menyesal masuk. Haha. Kalau korang bawa anak kecik memang seronok lah. 



Bumper Car

 




Seharian berjalan. Kurus den!



Kalau tak nak penat berjalan, naik skyway ni. Tapi slow yang teramat. Kalau ak naik bercinta kat atas kerusi ni. Huhu..

 

Melepaskan lelah sambil mengkhatamkan map ~ 

Habis sudah 5 zone kami jelajahi sampai ke petang. Dari Everland kami terus menaiki bas menuju ke Banpo Rainbow Bridge.


Banpo Rainbow Bridge


cuci mata je lah tengok makanan 


Itaewon Town


Kervan Turkish Restaurant

Isi perut dulu di sini sebelum ambik angin buang angin di sekitar pekan Itaewon.


Kebab 
20 000 won


Air yogurt ni best gila!


Air pishang wajib beli kat store
1300 won


Sempat layan kejap mamat Korea busking 




Pemandangan di sekitar pekan pada waktu malam



Sebelum balik apartment, kitorang singgah di satu kedai cenderamata. Ak sempat sambar tote bag bercorak naga & tshirt korea. Sekali pandang terus jatuh cinta woo. Yang paling best boley tinggalkan jejak kat kedai ni. Hihihi.. Kitorang pun ad berborak dengan uncle owner kedai ni, dia menyatakan kerisauan ny terhadap golongan muda di sana. Sebab ap..? Lifestyle dorang yang suka keluar malam & mabuk. Huhuhu...

#jompoldikorea #cucuenontinggaljejak


tote bag
10 000 won

tshirt
5000 won



Notakaki : Day 4 di Korea. Stay tuneeeddd...!!

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN