RESIPI KEK BATIK MOIST

12:41 PM

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

As salam peeps! Cuti2 sekolah ni macam biasa rumah ak penuh dengan budak2 kecik yang mulut bak naga. Buat  je apa benda semua habis. Semalam, ak pun semangat lah balik keje gi beli bahan-bahan untuk buat kek batik super moist. Hah..korang yang terlebih rajin macam ak ni..meh cuba buat kek batik ni..!! 

                 
                  BAHAN2 UTAMA yg diperlukan :


♥ 1/4 cawan susu segar
♥ 1/2 tin susu pekat ( ak kurangkan sket )
♥ 240g margerin planta
♥ 3 biji telur
♥ 1/4 cawan serbuk koko
♥ 1 sudu nescafe
♥ Biskut MARIE ( ikut suka ko lah )


CARA2 MEMBUAT


Mula-mula patahkan ke semua biskut MARIE di dalam bekas. Patah seribu yer bukan patah amin. Tugas mematahkan biskut-biskut ni ak serahkan kepada anak2 buah ak.


Okeh..jangan fikir panjang, campak je semua bahan-bahan di atas tadi kecuali biskut MARIE ke dalam periuk. Gunakan api sederhana untuk cairkan semua bahan. Kacau bagi sebati dan masukkan telur. Make sure telur tu kita dah pukul sebati untuk memudahkan proses pengkacauan seperti kat bawah ni.



Then, bila dah sebati bolehlah tuangkan ke dalam acuan biskut MARIE tadi. Padat-padatkan bagi rata. Dah siap, masukkan ke dalam peti ais selama beberapa jam. Kek batik ni moist je walaupun simpan semalaman. Mak ak pun cakap lagi best dari kek batik yang dulu. Sebab kali ni ak x gunakan milo untuk buat kek batik ni. Rasa pun macam kek coklat je. Nyummeh!!


DONE!! Jangan cakap hakak x payung key! 



Sebahagian mulut-mulut naga yang ada kat rumah ak. Sekelip mata je licin kek batik sebekas besar. Nasib buat 2 bekas. Hihi..Bila tengok masing-masing seronok makan rasa macam best pulak. Setakat buat yang simple-simple lepas la kan. Untuk isi perut memasing =D



Notakaki : Ak suka masak bila mood rajin datang =P

Baca entry lain

7 darlings

  1. ramai mulut tu yg besa ny buat kita smgt nak msk lg2 kalo tgk hasil mskn kita tu abis dek dorg kan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..kannn. tengok dorang makan pun kite jd kenyang =P

      Delete
  2. mulut naga!!! best jgk kan kalau kite masak then terus habis, kiranya sedap la kita buat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la..tp bahaya gak kalau x sedap. direct kena sebijik dgn dorang =P

      Delete
  3. hi, saya datang singgah sini sambil follow :) salam kenal :)

    ReplyDelete
  4. Hehe.. sama macam saya. Semua bahan masuk serentak (kecuali telur dgn biskut) sama macam awak buat ni. Cepat dan tak kurang sedapnya jugak kan.

    ReplyDelete

DRAMA QUEEN