RESIPI IKAN PATIN MASAK STIM

4:48 PM

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

As salam. Kali ni ak nak share resipi ikan patin masak stim versi campak-campak dari ak. Jenis ak suka letak suka hati je bahan-bahan masakan or orang putih cakap follow ur instinct. Eceh! 


                  BAHAN2 UTAMA yg diperlukan :


Ikan patin


 2 batang serai
 6 helai daun limau purut
 1 biji lada besar
 1/4 kiub ikan bilis
 3 ulas bawang putih
 10 biji cili api
 sedikit halia


 1 batang lobak
1 ulas bawang besar



2 sudu sos cili jalen
 1 sudu sos cili thai
 1 sudu sos lada hitam


CARA2 MEMBUAT


Okay first thing first, kita kerat 2 ikan patin dan kelar2 kan dia. Lepas tu rendam dalam air lemon untuk menghilangkan bau hanyir ikan ni. Sebelum rendam, mk sure basuh bersih2 dulu ikan.


Didihkan air dalam periuk.


Sementara menunggu air mendidih, bolehla kita lumurkan ketiga-tiga sos tadi ke seluruh tubuh patin. Ehh..


Sesi mencampak semua bahan2 yang disediakan tadi. Campak dengan penuh keikhlasan & kasih sayang yer. 


Campak lagi. Bawang & carrot. Letak air ikut suka korang. Macam family ak ni suka hirup kuah sampai kembung so ak kena letak banyak air. Garam secukup rasa. 


Kita masakkan patin selama 45 minit. Selepas 25 minit yang pertama boleh rasa kot2 tertawar ke termasin ke terguris dan terhiris ke..lepas tu balikkan patin untuk pastikan kedua2 bahagian masak. 



Dah siap pun patin masak stim..!! Haa...nampak tak lemak2 dia mencair kat air tu. Sodap wehh!! Ak x masukkan tepung dalam resipi ni sebab tak suka dia jadi likat. Lepas ni nak try buat tom yam pulak. Pes buat sendiri. Itakimasssu...




Notakaki : Nak belajar masak lomak cili api 

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN