DIY Sewing Machine

5:50 PM



" Mesin jahit baru ke mak? " - abang sulung.
" Tak lah, yg lama ny " - mak.

Haa..nampak x apa yg cuba ak sampaikan..?? Sebab tu ak memang dari dulu gila DIY. Barang lama jadi baru. Mesin jahit ni dibeli oleh arwah abah ak untuk his beloved, mak ak. hihi.. mak ak cakap umur mesin ni lebih kurang 50 ++ tahun. Ya Allah, warga emas dah!! Tapi alhamdulillah, mesin ni masih berfungsi dengan baik. Memang respect dengan buatan zaman dahulu, cakap lah apa2 pun..tahan bak ang..!!



Mula2, ak gosok seluruh permukaan mesin dengan kertas pasir. Bagi smooth and steady. Kemudian, spray bahagian besi & penutup mesin. 



Sebelum ak spray bahagian besi, bahagian2 besi yang dah berkarat perlu dibersihkan dahulu. Tips yang ak ambil dari Mr.google, menggunakan cuka & baking powder. Biarkan seketika campuran di tempat berkarat, kemudian gosok dengan kain sehingga hilang kotoran. Result ny seperti di bawah. Wooww!!




sebelum & selepas 



Bahagian besi yg siap di spray kan


Bahagian penutup mesin di spray kan dan di touch up kan menggunakan cat putih dan pen marker hitam. 


Gambar di ambil dari sudut tepi. Base mesin ak cat menggunakan warna peach & putih. Sepatut ny kalau nak lagi cantik, perlu gunakan cat minyak untuk kayu. Baru nampak berkilat.


Gambar di ambil dari sudut hadapan




** Mood jahit busybook 200% increase

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN