Circle Skirt Tutorial- Pua Kumbu Skirt

4:57 PM


Kali ni ak nak share tutorial jahit full circle skirt. Material skirt yg ak gunakan dari pua kumbu, order drpd one of my friend yg study di Sarawak sebelum dia balik semenanjung. Tapi sayangnya, ak jadikan skirt ni untuk pakai di rumah sahaja dan x berbaloi untuk hantar ke dobi. Sebabnya, material pua kumbu jenis bertenun ni x boleh basuh thru mesin basuh. Nanti warna ny luntur. Isk isk isk...

Disebabkan tiada gambar ketika proses menjahit ( puas cari bawah katil ), so ak just sharekan penerangan tanpa gambar.

Jenis macam ak, ak suka baca mukadimah yg ringkas je supaya mudah hadam sebelum prektis. Antara 2 tutorial terbaik yg ak refer seperti di bawah ni. Dan ak pilih yg first untuk skirt pua kumbu ni.



Contoh untuk kain dilipat 2

Contoh untuk kain dilipat 4


**CAUTION --> Make sure kain bidang besar sebab kita nak buat full circle yg labuh. Contoh yg ak gunakan Pua Kumbu bidang nya memang besar. 

Step pertama --> Ukur dahulu saiz pinggang korang. Kita ambil contoh 28" (A)

Step Kedua -->  Kain dilipat 2. Gunakan kalkulator untuk kira formula di atas. Jgn malas! hihi..

(B) : 28"/6.28 = 4.45" 
( sila refer first gambar)

Step ketiga --> Tandakan dari bucu ke bawah 4.45" dan sambungkan menjadi hasil di bawah. B setel..!



Step keempat --> Kira panjang skirt yg kita inginkan. Kita ambil contoh (C) : 40" + 1.5" untuk hem. Sambungkan juga seperti di atas. C setel..!



Step kelima --> Gunting bahagian (B) dan (C).



Step keenam--> Untuk bahagian pinggang boleh pilih untuk guna waistband or kain skirt. Macam saya, gunakan kain pua kumbu ikut dan letakkan zip. 

Step ketujuh--> Dah hadam..? So, sekarang juga kita kumpulkan semua peralatan menjahit. KEEP CALM AND SEW ON...!!



** Rindu nak menjahit

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN