DIY BARANG HANTARAN PERTUNANGAN

4:54 PM


Buah dokong buah mengkudu
Nak ambil buah gunalah tangga
6 bulan sudah pun berlalu
Kini menanti hari bahagia


بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

As salam & hai. Jangan muntah pls dengan pantun 4 kerat ak. Alaa..nak fefeeling klasik kan. Tema ak pun masa E-day haritu merah & putih, simple, traditional. No pelamin, tapi amik MUA & photographer. Tempat sesi sarung cincin pun DIY sendiri just sewa bantal untuk ak  menyimpuh ala2 gadis kampung di serambi rumah. Majlis pula cuma dihadiri saudara terdekat dan kaum keluarga. LOL. Okeh, dalam entri ni ak akan sertakan dari mana ak dapat inspirasi barang hantaran ak. Check it out..!!
   

1.FERRERO ROCHER BOUQUET


Nampak macam mudah dan simple. Tapi kalau kau dah buat actually sangat rumit yer mak cik pak cik. Tahap kesabaran kau kena tinggi melangit nak gulung2 setiap kelopak bunga tu. Hee..memang ak tempah anak buah ak sorang untuk gulung menda alah ni. Bersengkang mata gak nak menyiapkan sejambak. Wpun ak sedar chances untuk bunga ni dibuang 90% (kuikuikui) tapi nilai sentimental tu yang paling penting bagi ak. Tutorial ak refer dr Youtube macam kat bawah ni :


Bahan2 yang ak gunakan pasu kristal small size, polisterin bentuk bulat, kertas tisu warna merah & putih, pencungkil gigi, coklat Ferrero Rocher serta dawai halus. Cara2 nak buat refer je video key. Jangan malas!


2. SNOW WHITE APPLES


Mula2 jumpa apples ni dok dalam boxes di Pinterest rasa macam fallen in love pulak. Simple je. Rasanya mungkin ak letak atas dulang so nampak macam kelakar. *gelak sambil nanges. 

pinterest


3. CAKE


Untuk hantaran kek ni xd amik inspirasi dari  mana2 pun. Just letak reben sahaja. Kek ni ad kisah ny. Al kisah ny ak dah beli brownies import dari seremban. Sekali buka, nama tunang ak dah bertukar jadik Azlan n the typewriter. Down betul ak masa ni. Last minute, mintak tolong anak buah ak jadik runner la pergi Secret Recipe. Sekali SR x bukak2 sampai jam 10.30 pagi. Terus beli kat kedai kek ap ntah. Nasib kau la labuu ~


4. CHEESETART


Cheesetart ni ak order dari kawan kak ipar ak. Boleh follow IG sis ni : SOMETHING SWEET BY SALLYSALLEH. Semua nampak menyelerakan. Nyummeh!



4. SIREH JUNJUNG


Dan hantaran ak yang terakhir...sireh junjung!! Ak dapat inspirasi dari google sahaja. Ak gunakan pasu plastik kecil untuk gubahan ni. Kemudian, guna wayar halus untuk sambungkan kesemua daun sireh untuk dijadikan base. Bunga ros merah & putih just cucuk ikut emosi je. Yang ni x memerlukan kesabaran yang tinggi sebab kacang je. Ewah!!


 SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN 









Nota Kaki : Dah start setelkan untuk majlis

Baca entry lain

2 darlings

DRAMA QUEEN