KRABI - Cerita tentang pengalaman.

9:52 AM

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hello Krabi. Sawadee-kap.


First time travel ke Krabi dengan kawan2 yang sepatutnya ber4 but end up hanya ber3 je pergi. Sangat excited. Teruja. Rasa nak melompat. Mengengsot semua ny ada. 27 - 30 Mei 2016 tarikh dipilih. Kami x mampu nak travel secara backpack so kami decide untuk ikut agen sahaja. Pakej 4H 3M , RM 499 including penginapan, snorkeling & pengangkutan.

Backpack 50L

Disebabkan agen kami x benarkan kami utk bawa beg ala2 mak ngah, beg beroda dsb, ak perlu mencari backpack yg seumur hidup ak x pernah ak pakai pun. Beberapa minggu ak dok google info tentang backpack ( semangat kau! ), usha backpack kat lazada finally ak purchase satu beg sbb dah tersuka tanpa sengaja. Tapi malang x berbau, bag ak x boleh nak deliver ke sini. 1 hal pulak nak kena refund. Adeh! Plan B, ak usha kat IG yg jual backpack Deuter. Harga dah cantek pnya murah, warna pink yg ak nak dah out of stock lah plk. Ape laa naseb! Try plan C, beli dgn seseorang yg acah2 member walaupun x kenal, dah bayar kena tipu la plk. Disebabkan ak ni jenis anak bongsu yg x mudah mengalah ( eceh kau! ), plan D pinjam dgn member. Tarik nafas lega. 

Selit duit sehinggit

Kami ber3 bergerak dr Bahau 7 malam dan sampai di Jerteh, Terengganu dalam jam 1 pagi. Singgah di rumah kakak dan sebelum Subuh kami bergerak ke Rantau Panjang. Selepas Subuh di Masjid Beijing, kami terus bergerak ke Imigresen untuk proses cop passport. Agen travel ak dah siap pesan awal2 selitkan duit sehinggit macam dalam gambar tu untuk elakkan pegawai diorang buat hal. Ciss..kerana terpaksa ku relakan jua. Upah untuk isi white card RM 2. Parking pulak RM 5 untuk 1 malam.



Van VVIP

Okay lelaki di sebelah van tu driver x bertauliah kami, Ding Ding berasal dari Pattani. Sebelah kiri tu pulak Ija yg akan guide kami ke Krabi. Trip kami ad 2 buah VVIP van. Perjalanan mengambil masa dalam 8 jam. Termasuklah singgah bersarapan & makan tengahari , solat, buang angin hamik angin di RnR. 



Dah puas bergelak, bergosip, berkarok, tido dalam van kemudian sampai lah di satu destinasi untuk bergambar sekejap. Mata sembap sebab baru bangun tido dan terus kena paksa bergambar. ( Konon2 )

Diamond Hotel, krabi

Kami sampai di Hotel Diamond lebih kurang 4 petang. Bilik okay tapi wifi x boleh digunakan. Sigh! Masuk2 bilik buka TV baru kami tahu yang siaran diorang tiada subtitle English. Cerita semua translate ke bahasa Thailand. Paling kelakar kalau part diorang bergaduh, tapi intonasi suara alahai...mendayu-dayu. Comel sangat!

kaki lima pantai Ao nang

Malam ny pula, kami jalan-jalan di sekitar pekan Aonang. Kat sini ada macam2 kedai untuk cuci2 mata. Berhadapan dengan pekan ada pantai. Ramai yang lepak2 kat sini amik udara pantai. 

Rohanee Thai-Malay Seafood

Sebelum ke pekan Aonang, kami makan malam dahulu di Rohanee Thai-Malay Seafood. Menu ak kongsi berdua iaitu tom yam seafood, udang pedas, telur dadar & milk green tea. Total 240 baht untuk seorang.

Banana nutella pancake with cheese


Sampai sini jangan lupa beli pancake. Pancake akak ni memang terbaik bak hang. Ak pilih banana Nutella pancake with cheese. Harga 68 baht. Nikmat weii..

Ao nang ladyboys

Jalan ke depan sikit ada port ladyboy menarik melanggan. Series kelakar bila kawan ak kena tarik dengan salah sorang ladyboy ni. Sepanjang jalan tu memang kena bahan la kawan ak ni. Rupa2 ny dia ajak kawan ak ni bergambar dengan dia, if korang bergambar kena bayar 200 baht. Pandai buat duit depa ni. Aishh. Then jalan-jalan lagi tetiba ad one guy ni orang Malaysia tegur kami dari belakang. Lepas tu dia tanya nama ak dan belajar kat UITM ke? Ak dengan muka blur jawab tak. Haa..nampak tak? Sampai ke Krabi pun muka ak ni ad iras2 muka orang lain. Nasib dia tak minta autograph dari ak..hihihi.


Shell Fossil beach

Sebelum kami ke pekan Ao Nang, kami singgah dulu di Shell Fossil Beach. Disebabkan dah malam, semua orang hnya berpusu-pusu terjah masuk ke kedai cenderamata yg dipenuhi dengan barangan berasaskan siput. Kami pula bertiga dengan Ding ding pergi ke tempat shell fossil. Semangat kau nak tengok walaupun gelap. Memang exercise lah turun naik bukit. Then kami masuk kedai cenderamata memang rambang mata. Barang pun murah-murah. Sempat ak rembat tshirt Krabi lengan panjang 140 baht, fridge magnet 35 baht, fridge magnet sebungkus ada 4 biji 100 baht, gelang 20 baht.

DAY 2

Kesejukan atas bot 

Hari ke 2 kami sangat EXCITEDD sbb nk buat island hopping & snorkeling..!! Sampai jeti hujan lebat selebat lebat nya. Redah je sepanjang berjalan kat jeti. Habis lenjun. Naik atas bot hujan memang dah tak leh kompromi. Last2 terperangkap tengah laut. Ombak kuat. Series macam pelarian. Dengan sejuk nya. Lama kena meredah hujan sebab bot kami x dapat nak park tepi bot besar. Pengalaman snorkeling x dapat tapi pengalaman meredah hujan tengah laut yg dapat. Sabo jo lah mak jemah. Masuk dalam bot besar memang pening sebab dengan orang yg ramai nya, udara x cukup, dgn kepala pening, orang muntah sekali dengan kawan ak muntah. Hmm..tragik2.

Jeti ke laut

Petang, kami turun lagi ke jeti. Cuaca macam dah okay. Langit cerah balik. Dengan harapan kami dapat snorkeling petang ni. Harga dah termasuk dalam  pakej sekali dengan makan tengahari



Phra Nang cave

Dapatla merasa ke 1 pulau je Phra Nang Island. Sebabnya petang tu hujan lagi. Uwaa..memang dari jauh nampak awan hitam 3 layer. Katanya sekali dengan ribut so bahaya untuk kami jalankan aktiviti. Sepanjang nak ke pantai kami akan melalui Phra Nang cave


Phra Nang Island

Cave climbing

Dah sampai ape lagi..gedebushhhh..!! Mandi puas-puas. Mat salleh macam biasa la buat aktiviti cave climbing. Nak juga try sekali seumur hidup kan. Takpe..simpan dulu. hihihi.



Ketika balik sejarah yang sama berulang. Kami terkandas lagi dalam bot sebab hujan. Whatever~ Sementara menunggu bot untuk pick up kami, kami pun dok la bergambar atas bot. Gambar pun x cantik sangat sebab hujan.
Terkandas dalam bot

Happy walaupun frust terkandas. Mamat thailand yang berbaju merah tu kami panggil dia pelakon polis evo yang memegang watak penjahat. Ak x perasan siapa tapi diorang cakap rambut dan muka sama. haha.

Night Market, Krabi

Malam hari ke 2 kami cuci mata di Night Market Krabi. Ak dah la mengidam pulut mangga, mencari juga tapi tak jumpa yang orang muslimnya. Yang ada orang siam je yang jual. Selera pulak tekak nak makan kan walaupun geram je tengok pulut mangga diorang. Nangis. Hasil tangkapan di sini : bag krabi 140 baht, selipar x ingat, stokin 20 baht.

Photo boom

Sempat bergambar dengan ticer Jack. Borong sakan ticer Jack uii. Ticer ni cikgu yang berasal dari terengganu join berdua dengan kawan dia. Kitorang suka menyibuk tumpang camera dia sebab dia guna ipong la katakan. muehehe..

Wayar berselirat


Haa..motif gambar ni sebab nak tunjuk wayar berselirat kat atas tu. Pergi la mana2 sekalipun confirm korang akan nampak wayar cam gitu je. Menu makan malam ak cuba nasi goreng tom yam dan macam biasa milk green tea. Addic7ed ohh..!!
  

                   DAY 3

Hari ke 3 kami ke Emerald Pool. Alhamdulillah pagi ni cuaca panas sedikit. Untuk sarapan pagi, kami makan di restoren muslim di tepi jalan ketika odw ke Emerald Pool. 

Susu Meiji & pulut nangka

Susu pisang Meiji korang memang wajib cuba sebab best gile. Ak beli di 7-11 berdekatan dengan kedai makan ni. Disebabkan ak kempunan nak makan pulut  mangga, pulut nangka pun jadi lah. hehe. Kawan ak pula beli pulut ayam. Makanan kat sini memang terbaik sampai ak tak ley nak move on bila dah sampai Malaysia =P Pulut nangka 10 baht.

Cari gerai ni..sedap!

Roti goreng inti kacang

Ding ding belanja kuih roti goreng berintikan kacang. Nyum3. Berselera kitorang makan. Tengok  muka memasing eksaitednya la haii makan. 


hadapan pintu gerbang

Welcome to Emerald Pool. Yeay! Ada 2 cara nak ke sana iaitu laluan tanah merah sejauh 800m & laluan berpagar dengan pemandangan kolam yang cantik sejauh 1.4km. Kami memilih laluan berpagar untuk pergi dan laluan tanah merah untuk balik.

Laluan tanah merah.

Kedalaman mencecah paras dagu. 
Dah kenapa memasing muka cembeng..??

Sempat bergambar dgn pasangan dr negara lain

Makan tengahari di kawasan situ juga. Berderet kedai halal pilih je nak yang mana satu. Di sini kami share beramai-ramai iaitu berenam, total 1700 baht. Kami bayar 200 baht seorang. Menu yang kami pilih tom yam, kailan, som tam ( memang ak sorang je yang perabihkan ) telur dadar, sup & udang masak ape ntah. 

Elephant Trekking

Then, kami buat aktiviti Elephant Trekking. Harga ni agent kami dah rundingkan so kami just bayar je 500 baht. Gajah yang kami naik agak nakal sket. Ikut perangai tuan dia. Bila panggil Kubon-kap..haa gajah ni pun berbunyi tanda dia jawab lettew. Sepanjang jalan2 tu kami berborak. Tuan dia siap tunjuk lagi mana rumah dia. 

masuk dalam pool (konon2)


Sampai di hotel kami, Ija uruskan motor untuk disewa malam ni. Kami nak merempit ke pekan Aonang. Nak sewa motor ni kita kena serahkan passport kepada diorang sebagai pertukaran. Bayaran untuk sewa 240 baht.Petang tu kawan ak praktis bawa pusing-pusing moto di perkarangan hotel. Al maklumlah dah lama tak bawa moto kan. 

Sewa skuter

Comel sangat skuter ni kan. Yang sewa motor tak ramai pun dalam 6 biji je, 12 orang. Yang lain-lain berehat kat hotel je. Dengan tak bertopi nya, tapi best lah kereta tak sibuk sangat. Then, singgah isi minyak bagi penuh. Sebelum ke pekan, kami makan dulu di Rohanee restoren. Menu malam ni ak pilih kerabu maggi. Pergh..pedas, masam, masin semua balance tapi pedas lebih sket. 5 bintang Nora bg untuk kerabu maggi ni. Wajibun cuba tau!! Macam biasa pasangan dia dengan milk green tea.

Kerabu maggi 5 star

New Life Massage Centre

Pergi Krabi rugi tak singgah massage sebabnya harga tersangatlah murah. Bayangkan untuk full body massage + oil hanya 250 baht je untuk 1 jam!! Mana nak dapat harga kat sini wei..Kami pilih New Life massage Centre. Lepas abis massage kitorang repeat pancake kat kedai akak yang sama seperti sebelum ni. Odw balik kami singgah mengeteh di Aarnij Restaurant sebelum ucap selamat tinggal to Aonang town. 

Aarnij Restaurant


DAY 4


Hari terakhir, kami singgah di pekan Krabi untuk bergambar dengan Mr crab ni. Hujan dah turun rintik2 semangat juga nak turun. Yang lain2 just tunggu dalam van. Dari Aonang kami menuju puncak 7 Heaven dengan bayaran masuknya 100 baht. Khas untuk korang yang suka bergambar tempat ni. Kawasan dia luas, berbukit, dipenuhi dengan macam-macam benda.

kedai koboi

Heaven town




nak balik dah

Kemudian kami terus bergerak ke Hatyai yang mengambil masa dalam 4 jam. Sebelum tu kami singgah untuk membeli ais krim kelapa yang best gila ni. Kelapa dia manis & berlemak je. First time ak makan kot. Boleh pilih 3 topping dengan harga 35 baht. Carik hakak ni tau hihi.

Aiskrim kelapa

Kemudian kami singgah di RnR Trang untuk solat dan buang segala apa yang patut. Sini banyak juga pilihan makanan. Ak beli mangga 30 bahtpulut ayam ( x ingat harga ). Apa yang ak tengok kat sini walaupun sekecil-kecil makanan like fishball cucuk2 tu pun rasa dia memang sedap dan terbaik. Kawan ak beli macam2 kat sini memang best lah. Dalam van pun kitorang asyik makan je. hihihi..

Ready to go!

Air ni Ding ding bg kitorang. Ak siap simpan lagi botol air ni. Macam nak DIY buat bekas bunga. Macam cantik je..hihi. Sampai di pasar hatyai kami just tengok2 baju je. Hasil tangkapan kat sini seluar tebal corak askar. Murah je 220 baht. Sampai pun dah lambat. Nak cari pulut mangga tapi still x jumpa orang yang bertudung menjual. Last2 makan laksa Siam. Boleh pilih nak kuah ape. Ak pilih kuah lemak + ayam dan kuah ape ntah. Dia punya campuran atas meja punyalah banyak sampai penuh 1 meja. Memang wajib cuba sebab sedap!

Menikmati juadah bersama

ni laa ghupe ny laksa siam Hatyai

lai..lai..boleh pilih nak ulam apa

sila menjamu mata

Kami bertolak balik dari hatyai ke Imigresen tepat jam 5 pm. Tu pun kira dah lewat sebab Imegresen tutup jam 10 pm. Ding ding memang pandu laju bak hang. Takde kompromi dah. Luar dah gelap mata ak memang dah tak tahan ngantuk dah. Bangun2 tengok dah sampai sempadan. Hujan plk renyai2. Sume dah gelabah sebab beberapa minit je lagi gate nak tutup. Dengan hujan ny, usung backpack jalan laju2 selaju yang mungkin. Nak masuk ke Imigresen Malaysia ad abang motor tolong bawak kitorang. Berdua dengan Ecah naik motor sarat dengan bag, ak tengok menggigil abang motor bawak kitorang. Hehe. Sorry bang, memang terpaksa dah ni. Bayar lah RM5. Syukur sempat masuk walaupun gate dah tutup. Van lagi sebuah memang tak sempat dah masuk. Kitorang just amik cop je dalam pejabat. Siap kena marah manja lagi sebab lambat. Hik2..memori daun pisang! 


Keep Calm and Good Bye KRABI..!!

Next destination : Universal Studio, Singapore.

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN