Resipi New York Cheesecake
3:06 PM
MUDAH ! CEPAT! SEDAP!
Jom buat New York Cheesecake!!
Ak belanja gambar banyak keping untuk tatapan korang!
*Jangan cakap akak x payung ehh..
Ak belanja gambar banyak keping untuk tatapan korang!
*Jangan cakap akak x payung ehh..
First thing first!
Sediakan semua bahan2 seperti gambar di bawah :
CRUST
130g biskut
* Ak guna biskut tiger..aumm!
50g butter yg dicairkan
FILLING
4 biji telur
Sekotak Philadelphia
100g gula kastor
Sesudu esen vanila
TOPPING
Buahan segar
* Ak pilih hirisan badam
* Ak pilih hirisan badam
CARA-CARA
Blend biskut tiger sehingga hancur. Campurkan dengan butter cair. Gaul sehingga sebati.
Ratakan di dalam acuan kek.
Seterusnya, campurkan gula dan creamcheese.
Pukul menggunakan mixer sehingga gebu tulus dan mulus.
Masukkan telur satu per satu.
* Jgn nak gelojoh sgt masuk sekali harung*
Campurkan sesudu esen vanila.
Nampak seksi berkilat kan..?? Ehhhhh...
Tuangkan ke dalam acuan.
Taburkan hirisan badam dgn gembira nya..!!
Siap!
Bakar dalam oven 180°C selama 1 jam 20 min
Gunakan teknik water bath
" Water bath tu ape kak..?? "
Alaaa...x amik gambar potongan kek
Sigh!!
KEEP CALM AND ENJOY YOUR CHEESECAKE
0 darlings