Mimpi suatu kenyataan

6:34 PM


Bismillah

Cubaan pertama ak utk membuat cerpen
agak simple & ringkas
rasanya x complicated sgt kot?
masih tiada ilmu yg mencukupi
cuma buat utk suka suki
pd yg sudi membaca
ENJOICE & REJOICE!!
dan boley tinggalkan komen
utk ak perbaiki pd masa akn2 datang





Dua minggu yang lepas.

Mia, to..long saya ” 

Terdengar suara rintihan seseorang di cuping telingaku. Walaupun bunyinya agak samar-samar tetapi aku merasakan ianya betul-betul dekat dengan aku. Aku tercari-cari suara tersebut. Aku melihat suasana persekitaran. 

Pelik, kat mana aku ni? ”. 

Sedang aku mencari-cari jawapan, tiba-tiba kabus mula menebal dan seakan-akan menari melingkari tubuhku. Sekaligus mengaburi pandangan mataku. Sejurus itu juga, muncul perlahan-lahan sesusuk tubuh yang pada penglihatan aku seperti seorang lelaki dan memanggil aku lagi dengan pandangan yang sayu.

Mia, to..to..long saya ” …………………

Hari ini.

Kriingggg…krinnggg…loceng kesayangan Mr.Frog aku berbunyi nyaring.

Arghhh..kacau betul lah..baru nk feeling-feeling seram dalam mimpi tadi…ceh! ” 

Aku menggosok mataku dan memicit2 kepalaku yang berat. Baru aku perasan sejak dua minggu yang lepas, dalam seminggu tu dia akan datang dalam tiga ke empat hari macam tu, masa tu lepas je bangun dari tidur, aku akan mengalami pening-pening lalat. Kalau tidak, aku, Qisya Damia akan bangun dengan happy-go-lucky nya walaupun bantal penuh dengan tahi mata dan peta dunia. Sekarang ini, terpaksalah aku melupakan dan memfokuskan sesusuk tubuh tidak dikenali itu. Dan yang pastinya,  ia adalah milik seorang lelaki. Confirm 200%! Hehe.

Bila laa nak nampak muka dia erk..” bisik hati kecilku.

Apa yang aku tahu, aku cuma hanya mampu mendengar suara dan melihat pandangan sayu dia. Dua minggu okeh! Tiada progress langsung. Dapat tengok muka pun jadilah kan. Mana tahu hensem macam.. macam..Orlando Bloom kee.. boleh juga aku cuci-cuci mata sikit. Masih aku ingat, pertama kali bermimpikan dia, aku sangat takut. Sangat! Rasa macam nak tercabut jantung bila bangun dari tidur. Tetapi sekarang, tahap menggatal aku dah mengatasi rasa takut aku dahulu. Kalau dia tak datang dalam mimpi aku sehari terasa macam rindu pula..Hikhikhik. Gelak gatal aku dah mai dah. Aduss!

Kau ni biar betul Mia..dah dua minggu kot menda ni berlaku..sekarang baru nak cerita dengan aku..?! Merajuk ah macam ni ” 

Marah Sarah dengan aku. Sudahlah minah ni kuat merajuk, manja..sikit-sikit nak hemo..tetapi dia jugalah kawan yang aku sayang. Apa-apa masalah aku akan cerita dengan dia. Nanti dia buatlah muka serious dia tu, bersungguh-sungguh dengar cerita aku. Macam Kuala Lumpur ni 10 minit lagi nak kena bom dah. Hehe..Berbeza dengan aku, aku ni jenis yang cool je.

Kadang-kadang orang panggil aku ni hati kering. Nak mengenakan orang memang favourite aku. Sebab tulah aku boleh ngam dengan sarah. Kami ni ibarat langit dengan bumi tetapi seteru. Sat lagi azablah dia aku kenakan. Lepas tu jenuh juga aku nak memujuk dia balik. Dah macam laki bini pula lagaknya. Haha.

Betul sarah..kau tahu tak. Aku rasa, aku dah falling in love dengan dia tau. Dah la muka dia macam sape tu..Orlando Bloom gitu..lepas tu dia rapat2 kat aku, pegang tangan aku..cakap I love u…auuww!! ” dalam hati, aku dah berguling-guling ketawakan si sarah ni. 

Yeke…janganlah Mia, tak kan kau nak bercinta dengan hantu kot, habis tu Adam tu kau nak taruk kat mana? ” 

Zreetttt..bunyi tv rosak. Aduss…Sarah ni kan!! Aku baru nak angan-angan naik atas pelamin dengan Orlando bloom dah kacau daun pula..

Adam..? Siapa Adam? ”

Aku buat-buat tidak tahu. Sambil tersenyum kambing. Kambing pun lagi manis senyumannya. 

Jap-jap..kau cakap apa tadi? Hantu? Kita boleh bercinta dengan hantu ke? ” 

Ahhh sudah!..Aku pula termasuk perangkap Sarah. Kes berat ni.

Mia, kita pergi berubat eh…tak kisah lah jumpa ustaz ke, ustazah ke, mandi bunga ke..apa-apa je la..ea..ea..”

Sarah dah start dah. Kan aku dah cakap, dia mesti ambil serious punyalah cerita aku.

Bab 2

Hai sayang..kusyuknya buat kerja. Jom lunch! I belanja u…”

Oh mai god, dugong ni dah datang dah. Dari aku semangat berkobar-kobar nak marathon siapkan kerja aku ni terus down, tersungkur di medan pedang. Aku buat muka tak layan. Boo layan.

I lunch dengan Sarah..tunang dia nak belanja I special hari ini. So sorry dam ” 

Memang hati kering. Lantaklah dia nak terguris ke terhiris ke yang penting aku tak nak terperangkap dengan mulut manis dia tu.

Alaaa sayang, u ni asyik jual mahal je kan dari dulu dengan I ” 

Dia datang ke tepi aku dan mengenyitkan matanya ke arah aku. Nasib baik mata kau cantik, kalau tak aku tenyeh dengan pen kat jari aku ni.

Hamboih, u cakap tak boleh nak kuat lagi yer..biar bos I dengar juga ” 

Kawan sepejabat aku yang keluar makan lambat dah macam-macam reaksi, Tasha buat muka menyampah, Hamdan dah gelak-gelak dan ada juga yang menyampuk. Yes! Sarah..my savior!

Adam sayaaang, bawak I boleh? Kesian kat I, tak ada siapa pun yang sudi

Sarah dengan muka gediknya memandang muka Adam sambil kelip-kelip mata seratus kali ke arahnya. 

Ouh..i got to go…”

Ayat spontan yang keluar dari mulut Adam. Buat muka geli. Aku memberikan pandangan yang bersinar-sinar ke Sarah. Bling bling gitu. Sarah pula sempat membalas pandangan aku. Adam terus melangkah pergi meninggalkan pejabat aku tanpa melihat drama kami, sebelum dia pergi dia sempat berkata perlahan kepadaku. Antara dengar tak dengar.

I tak akan berputus asa dengan u Mia

Aku memberi pandangan yang tajam ke arah Adam. Setajam mata pisau. Kalau boleh, nak aja aku lumat lelaki yang bernama Adam ni. Tak faham bahasa punya orang..menyampah!

Sampai sahaja di rumah hati aku berdebar-debar seperti biasa, al-maklumlah sampai di rumah dah Maghrib. Maksudnya dah malam. Bila dah malam mesti nak tidur kan. Dan bila dah tidur….tiba-tiba aku tersenyum sorang-sorang. Sudah! Macam orang angau aku ni. Angau bercinta dengan hantu?

Ok, so funny Mia. Ha..ha ” Gelak menggelabah.

Kenapa debaran hati aku membuatkan aku sendiri rasa tak selesa? Mungkin aku ni tak pernah bercinta kot. Selama aku hidup ini, tak pernah ada lagi seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati aku. Kadang-kadang nak juga rasanya hangat bercinta ni. Tetapi bagi aku, itu bukan matlamat aku sekarang. Orang kata, biarlah kita dah bersedia mental dan fizikal untuk mendirikan masjid. Kalau bercinta bagai nak rak tapi tidak ke arah perkahwinan, buang masa saje. Eh eh…tetibe aku melalut cerita tentang kahwin apa pasal. Stop melalut Mia. Noktah.

Jam menunjukkan pukul 12 pagi. Mata aku dah semakin memberat. Perlahan-lahan aku membaringkan badan aku di atas katil, kepala di atas bantal kesayangan busuk aku, kiroro. Tanpa aku sedari, aku sudah berada di satu dunia yang asing.

Eh..cepat pula kali ni berlaku ” bisik hatiku. 

Padahal aku baru saje lelapkan mata. Tetapi mimpi kali ini berbeza dari mimpi-mimpi yang sebelum ini. 100% tidak sama. Kalau sebelum ini, aku hanya dilingkari kabus tetapi kali ini tiada kabus. Aku hanya berdiri tegak di atas tanah tandus. Seluas mata memandang. Putih bersih tanahnya. Udara yang sungguh nyaman. Aku menutup mataku sebentar untuk menjiwai tempat ini. Sedang aku ralit merasai kelembutan sentuhan sang bayu ke tubuhku, tiba-tiba satu suara menyapaku.

Mia ” 

Hanya sepatah. Dan aku menunggu lagi. Masih tiada bayangan susuk tubuh itu atau boleh aku katakan ‘dia’. Masih tiada jawapan. Aku membuka mata dan alangkah terkejutnya aku kerana di depanku terpacak seorang lelaki sedang memerhatikan wajahku. Putera buniankah? Tak..tak..fikir secara logika Mia. Wake up!

Aku terbangun secara mengejut lagi. Aduhh! Boleh pendek nyawa aku kalau macam ini tiap-tiap hari. Nasib baik bukan tiap-tiap hari. Tapi yang aku peliknya, semalam kan aku dah bermimpikan dia? Setakat ini aku bermimpi paling cepat pun selang dua hari macam tu. Dan malam ini adalah yang paling ekstrem bagi aku. Dia muncul menjelmakan wajahnya.

Ish…rasa macam real lah..ke suatu progress? ” 

Sempat lagi aku tersenyum nakal. Malu-malu sendiri. Cepat-cepat aku tengok Mr.Frogku. Mungkin baru jam 2 atau 3 pagi. Bila aku melihat jarum Mr.Frog, terus mata aku terbeliak kerana terkejut.

Dah pukul 5 pagi? Aku rasa tadi aku baru je lelapkan mata, feeling-feeling angin sikit, buka mata sikit, nampak muka dia yang…ermmm…hensem juga. Macam pernah tengok je? Nak dibandingkan dengan Adam, jauh lagi hensemlah my Mr. Mysterious man aku. Hikhikhik..Lama juga ek aku dekat sana. 5 jam kat sini ” 

Aku bermonolog. Nafas ditarik dalam-dalam dan aku cuba mengingati wajah mysterious man aku tu. Aduss! Macam manalah aku boleh tak ingat muka dia ni? Tadi kata hensem sangat kan? Mungkin sebab aku  terkejut dan aku tidak dapat nak mencernakan wajah dia ke dalam otak aku. Mmmm, mungkin kot. Dan apa yang aku perasan pening kepalaku dah tiada. Yess!! Progress yang baik. Terus aku melompat turun dari katil dan menyanyi-nyanyi riang ke bilik air.

Bab 3

Hari ini aku dan sarah lepak di Mid Valley untuk lunch. Sarah la ni, beriya-iya sangat ajak aku makan di sini. Nak merasa makanan Korea katanya. Bila aku setuju je, terus Sarah tergedik-gedik sebabnya dia ni peminat K-Pop tegar. Bagi la rupa apa-apa pun, dia dengan confident nya dapat jawab dengan betul. Boring-boring dalam pejabat, boleh pula aku layan dia main teka muka artis Korea. Haha. Kami lunch di Dubu-dubu Seoul food yang terletak di ground floor. Cantik juga dekorasinya. Aku pun tak pernah lagi makan Korean food ni, so why not cuba dahulu kan? Aku tertarik dengan perkataan bibimbab yang terdapat dalam menu jadinya aku pun terus order set bibimbab chicken. Sebab apa? Aku pernah layan reality show ‘hello baby MBLAQ’ dan comel sesangat baby-baby ni sing a song yang bertajuk bibimbab. Sarah dah rambang mata. Macam biasa focus memilih. So, sementara aku menunggu dia membuat pilihan hati, sempat juga aku merambang mata tengok keadaan sekeliling.

Alamak! Dugong ni lagi! ”

Rasa macam nak hantuk je kepala aku ni kat bucu meja makan ni. Sarah sudah menoleh memanggil waiter untuk mengambil order. Aku baru nak buka mulut, sarah dah perasan dulu.

Adam! ”

Dia menunjukkan isyarat penggal kepala kat aku. 

Buat-buat tak nampak

Aku cuma menggerakkan mulut tanpa mengeluarkan bunyi suara. Persis berada di medan perang tak nak bagi musuh dengar. Tetapi apakan daya, kami sudah tertangkap. Musuh datang menghampiri. Masa untuk bertindak! Waiter dan Adam sampai ke meja kami dalam masa yang sama. Eh.Eh. Macam dah merancang pula diorang ni.

I nak bibimbap beef set satu and spicy toppokki satu ”

Bijak! Adam memang bijak. Seperti tahu yang dia bakal tidak diundang, dia terus order set untuk dia dan kawannya. Setelah siap semua proses meng’order’, aku terus memulakan step yang pertama. Dan dia dengan..? seperti tahu yang aku sedang memandang kawan dia dengan kening yang terangkat sebelah, dia terus memperkenalkan.

My friend, Luqe ” 

Dan untuk menghormati situasi tegang yang bakal aku langsungkan,

Me, Mia and my scandal, Sarah ” terus terbeliak biji mata Sarah.

Sorry Sarah, aku main-main je tau. Kataku dalam hati. Hehehe. Tetapi, taktik aku tidak menjadi, Adam cuma memberi respon yang biasa-biasa aje. Mungkin sebab adanya Luqe? Nak control imej dia? Wekk..menyampah! Talam dua muka! Akhirnya, rancangan seterusnya failed. Step yang kedua terus terkubur. Baru nak main kotor semburkan makanan ke muka Adam ke, tumpahkan air ke. Hmmm. Kami membawa haluan masing-masing. Aku dan Sarah. Adam dan Luqe.

Di pejabat, aku ke pantry untuk minum petang sebentar sambil merehatkan minda. Sesampainya di sana, tiada sesiapa pun di situ. Baguslah, dapat bertenang-tenang sikit. Kalau ramai-ramai sesak nafas aku. Tengah-tengah syok tuang air panas dalam cawan, aku dapat rasakan ada aura negatif di belakang aku. Aku cuma mampu berdoa janganlah si dugong tu datang, tak aman hidup aku rasanya.

Tak ada kerja ke nak buat? Kalau tak ada meh tolong aku siap kan kerja aku yang menggunung..”

Tak sempat lagi aku nak menghabiskan monologku,

“Mia sayang..I know u are here!”

Suara nak tinggi, nak bagi satu bangunan ni dengar ke. Jangan haraplah aku nak jawab, 

Yeeess, Adam sayaangg, im hereee..”

Aku mencebik-cebik mulut bercakap dalam hati. Bila aku nak pusingkan badan je, dia dah ada kat sebelah aku. Persis gaya nak mengurat anak dara orang. Serentak dengan itu juga, aku terbayangkan muka dugong. Menepek kat muka dia. Dan aku terus tergelak. Dia yang tidak faham terus terpinga-pinga. Agak-agaknya terus tak menjadi mood nak menggatal.

Are u ok my dear? U sakit ke?”

Aku berhenti ketawa dan tersenyum pula.

No worries, actually ada semut yang melekat kat misai u tu

Aku menunjukkan jariku ke arah misai dia. Muka dia terkejut kemerahan dan cepat-cepat berlalu ke arah cermin, meraba-raba dan membetulkan misai dia. Mencari semut barangkali. Dan apalagi, aku terus cabut lari.

Bab 4 

Hahaha..Mia, seriously? Kau kata ada semut kat misai dia? Habis tu apa reaksi dia? Marah? Malu? Kenapa kau x cerita kat aku kat ofis tadi? Bla bla bla..”

Sarah tak bagi aku can langsung nak bercakap. Dah macam pegawai polis pula, bertalu-talu das ditembak ke arah aku. Tak sempat nak jawab soalan lain dah muncul. Last-last aku cuma mampu menjawab soalan dia yang terakhir.

Malam ni kau rasa kau akan mimpikan dia lagi ke?”

Tak tahu lah Sarah..sebab kali ni cara mimpi aku dah lain, tak sama macam dulu. Kali ni dah nampak muka, setelah 2 minggu kan”

Perasaan aku semakin hari semakin kuat yang aku akan berjumpa dia malam ini. Siapa dia? Apa yang dia nak? Nak diceritakan ke family aku? Memang mustahil lah. Tak pasal-pasal aku dijadikan bahan lawakkan mereka. Cukuplah sekali peristiwa dulu. Taubat aku!

Mia, mak aku dah bising ni ajak makan. Aku out dulu yer

Talian dimatikan. Aku berbaring sambil memandang kosong ke arah kipas yang berputar ligat. Memandang dengan fikiran yang kosong. Lama-kelamaan bilah-bilah kipas tersebut terasa seakan semakin menjauh. Jauh dan terus jauh. Aku masih mampu berfikir dengan waras dan berasa sangat pelik dengan situasi tersebut. Aku masih merenung bilah-bilah kipas yang berpusing sehinggalah setiap bilah kipas tersebut bertamu di satu titik dan tuppp! Aku terus tersedar dari lamunan. Rupa-rupanya aku telah dibawa kembali ke dunia asing ini.

Dunia yang sampai mati pun aku tak mengerti sama ada wujud atau pun tidak. Realiti ataupun fantasi. Di tanah tandus berwarna putih yang sama. Tidak seperti sebelum ini, kali ini aku menggagahi langkahku ke arah yang aku tidah tahu ke mana arah nak tuju. Aku menuruti firasatku dan meneruskan langkah lagi. Masih tiada apa-apa di sini. Cuma yang ada hanyalah tanah tandus. Berpasir putih sejuk mata memandang. Tidak merekah, tidak panas, cuacanya dingin sahaja. Tiba-tiba satu ketenangan wujud walaupun aku tahu aku hanya keseorangan di sini. Tiada peneman. Tiada si dia, my mysterious man.  

Assalamu’alaikum

Aku terkejut lantas berpaling ke arah suara tersebut. Suara yang cukup aku kenali itu.

Wa’alaikumussalam

Agak perlahan aku menjawab. Teragak-agak. Ya, inilah kali pertama kami berinteraksi setelah sekian lama. Walaupun aku agak teruja bercampur gembira kerana telah bertemu dengannya, tetapi aku masih berasa curiga dan was-was. Curiga adakah ianya hanya mainan tidur ataupun aku sendiri yang mereka dia di dunia yang lain ini.

Saya Iskandar, saudari? ”

Ahhh sudah! Bersaudari bagai. Persis berada di zaman P-Ramlee gitu. Aku sempat menatap lama wajahnya. Cukup indah, bagaikan purnama. Wajahnya redup dan bercahaya. Membuatkan aku terleka sekejap. Keadaan aku sekarang ibarat aku adalah salah seorang yang berada di kalangan wanita yang terhiris jarinya ketika melihat Nabi Yusof.

Saya…erm...Qisya Damia..panggil…err..Mia jer ” 

Tergagap-gagap aku memperkenalkan diri aku. Tidak seperti diriku yang sebenar. Aduhai..kenapa ni Mia oii?

"Saudari umpama mawar kayangan"

Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang tatkala Iskandar menghadiahkan senyuman kepadaku. Senyuman yang bisa menjadi penawar dan mencairkan hatiku yang kering ini. Senyuman yang tiada penghujungnya. 

Awak..Iskandar je ke? Nama penuh apa ya? ” 

Soalan paling hampeh aku rasa. Agak lama dia mendiamkan diri dan menyambung,

Iskandar Dhamiri ” 

Apalagi terus berbunga-bunga indah hati aku taktala mendengar nama dia. Sempat juga aku berfikir nakal. Dhamia dan Dhamiri. Oooww! So shweett! Kami berjalan beriringan menghala kearah yang aku sendiri tidak pasti. Hanya mengikuti langkah Iskandar.

Iskandar, kenapa yer sebelum ni awak minta tolong dengan saya? ”

Lembut je budi bahasa aku bertutur dengan Iskandar. Iskandar mendiamkan diri.

"Saudari boleh panggil saya Is

Dia tidak menjawab pertanyaan aku. Aku sedikit hampa tetapi ini Mia okeh. Bukan Mia kalau nak mengalah begitu sahaja.

Is…siapa awak di dunia asing bagi saya ni? Macam mana saya boleh sampai di sini? ”

Agak lama Is termenung memandang ke hadapan. Aku menunggu jawapan dari Is dengan penuh kesabaran. Aku pun pelik dengan diriku yang sangat menghormati perbualan kami. Belum sempat pertanyaan aku terjawab, hujan renyai-renyai mula membasahi tubuh kami. Is memandangku dengan pandangan yang redup, dan aneh sekali kami tidak terkena sedikit pun hujan tersebut. Dengan berhati-hati dia memegang tanganku dan pandanganku menjadi kelam.


Bab 5

Mia..mia!! Bangun Mia! Kau ni dah kenapa? Bangunlah..”

Aku terdengar suara nyaring Sarah. Air direnjis-renjis ke muka aku dengan lajunya.

Apa ni weii..main renjis-renjis air kat muka aku pulak.”

Bila aku buka mata je, mama, papa dan Sarah ada di sebelahku di atas katil. Aku kat mana ni? Aku bangun terpisat-pisat terus duduk bersila di atas katil. Buat-buat muka tak bersalah. Betul la kan? Nak bersalah apa nya? Bukan aku ada buat cubaan nak membunuh diri ke makan pil tidur sebotol ke.

Kenapa ni mama? Apa mimpi mama dan papa ada kat sini?” Tanya aku penuh kemusykilan. 

Mia sayang..Mia tahu tak Mia pengsan seharian? Sarah call Mia, tak diangkatnya..sms tak balas..nak kata MC pun tak ada beritahu sesiapa. Terus Sarah call mama tanya Mia ada balik rumah mama ke tak..”

Mama bercerita dengan penuh perasaan. Rupa pun macam nak menangis. Sarah pulak dah menangis, berjurai-jurai air mata dia. Hemo la katakan. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Hehehe…Aku agak blurred dan lambat mencernakan apa yang dikatakan oleh mama. Papa pula menggeleng-gelengkan kepala melihat keadaan aku sekarang. Dasar anak hati kering. Orang dok risaukan dia, boleh pula buat muka tiada perasaan.

Kejap..mama..u said WHAT..?! seharian? Sekarang dah pukul berapa? ”

Ya..sekarang aku dah boleh cernakan kata-kata mama. Biar betul? Tak kan aku tak sedarkan diri dari malam tadi sampai jam 3 petang sekarang? Baru aku teringat, rupa-rupanya pertemuan dengan Iskandar di sana memakan masa yang lama di sini. Padahal berborak dan berjalan sekejap je. Tup-tup muka kena renjis air. Ouh ya..dekat sana hujan rintik-rintik. Aku dah dapat mengimbas kembali memori di alam sana.

Mia fikir apa sayang.? Cerita dengan mama sayang? Sarah dah ceritakan serba sedikit kat mama masa Mia pengsan

Aku memandang Sarah dengan pandangan yang tajam, mengecilkan mata tanda nahas kau Sarah. Sarah dah berhenti menangis dan mengambil posisi di sebelahku. Nasib baik family aku ada kunci pendua, kalau tidak hidup bahagialah aku dengan Iskandar di alam sana. Hehehe.

Alamak mama! Mia tak solat Zuhur lagi!” Aku terus berlari memasuki bilik air untuk mengambil wudhu’.

Setelah memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat, mama dan papa berangkat pulang ke rumah kami di Serdang. 

Betul Mia tak nak tinggal dengan kami ni? Buat sementara waktu, at least kalau ada apa-apa terjadi mama ada di sisi Mia

Terserlah sifat kemamaan sekarang kepadaku. Walaupun sebelum ini, kami selalu mengenakan antara satu sama lain. Kali ini, mama agak serius sedikit.

Tak pe mama, Mia okkk..lagipun itu semua mungkin mainan perasaan Mia je kot. Mama jangan cerita dengan orang lain tau! Nanti mama kenakan Mia dengan story ni kan

Mama tergelak dengan statement tak boleh blah aku.

Agaknya Mia dah tak sabar nak kahwin yer. Apa tunggu lagi Mia, mama ni dah tak sabar nak timang cucu tau! ”

Mama restukan hubungan Mia dengan Iskandar yer

Aku segaja mengenakan mama sambil mengenyitkan mata. Perihal Iskandar aku dah ceritakan kepada mama. Tetapi tidak secara details. Aku tidak mahu mama mengambil serius tentang mimpi aku ini, cukuplah hanya sebagai mainan tidur.

Eh budak ni, jangan nak mengada-ngada. Malam ni tidur tu jangan lupa basuh kaki, baca doa. Jangan nak berangan sebelum tidur,”

Kami ketawa dan berpelukan sebelum berpisah. Papa pula macam biasa menunggu dengan penuh kesabaran. Dah faham sangat dengan perangai dua beranak ni. 

Mia..aku temankan kau malam ni eh? Aku sanggup ambil EL tadi demi kau tau! Jangan halau aku

Turn Sarah pulak lepas mama. Adoi..lepas sorang ke sorang. Aku menyengihkan muka aku macam kerang yang tak seberapa nak busuk.

Sarah, kalau kau temankan aku kan, tetibe Is datang tarik kau sekali dalam mimpi aku macam mana?”

Aku bercakap perlahan dan membesarkan mata aku ke arah Sarah sambil membuat aksi yang menakutkan. Apalagi menjerit sakanlah si Sarah minta aku hentikan kata-kata aku tu.

Agak-agaklah Sarah oii, mahu berdarah telinga aku ni dengar kau menjerit

Aku ketawa terbahak-bahak. Seronok juga kalau ada teman serumah. Tak lah keseorangan. Mungkin itu juga salah satu penyebab kenapa munculnya Is dalam mimpi aku, getus hatiku.

Bab 6

Mia..buka mata awak Mia.”

Suara itu.

Is..? Awak ke?”

Aku cuba membuka mataku perlahan-lahan. Tetapi yang peliknya, ini kan bilik aku? Aku lihat satu persatu semua yang ada di dalam bilikku. Kedudukan dan barang semuanya sama. Mana mungkin Is ada di dalam bilik aku.

Mia..boleh dengar suara Is?”

Aku melihat Sarah di sebelah dah benrdengkur tahap dewa dengan mulut ternganga. Ish..budak ni!  Entah apa yang dimimpikannya? Sampai tak sedar yang Is tengah bercakap dengan aku.

Mia dengar Is..jelas sangat kot suara Is, tapi Is kat mana?”

Sambil memandang kiri dan kanan, menyelak alas cadar dan meninjau ke bawah katil, melihat sudut-sudut dinding, dengan perasaan yang berani bercampur cuak. Mana tahu yang Sarah cakap tu betul? Is ni hantu? Tiba-tiba muncul muka menggerutu, mata merah, gigi kuning tapi versi lelaki. Sepantas itu juga, aku menekup muka aku dengan Kiroroku.

Hahaha..mesti Mia tengah mencari Is kan..comel je muka Mia cari Is

Ish mamat ni..macam mana dia boleh nampak aku tengah mencari dia ek?

Is..awak jangan main-main hide and seek..its not funny ok!

Diam sejenak.

Sebenarnya, erm…ingat tak sebelum Mia pergi, Is sempat pegang tangan Mia?”

Ouh..aku terkejut. Dalam aku mengimbas kembali memori petang tadi dengan mama, aku langsung tak ingat yang Is sempat memegang tangan aku. Yang aku ingat hanyalah rintikan hujan di tanah tandus tersebut. Is menyambung percakapannya,

Is sempat meresap ke dalam tubuh Mia, Is sebenarnya dalam pelarian. Tak sangka pertemuan singkat kita di tanah tandus membawa Is ke dalam diri Mia..hmmm 

Statement ni betul-betul membuatkan aku terkejut. Terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut macam aku sekarang.

WHAATTTT!!!”

Aku menjerit sekuat hatiku. Sarah di sebelah aku yang tengah berdengkur terus bangun duduk bersila. Tetapi mata masih tertutup. Macam orang baru hidup dari mati lagaknya. Aku yang sudah macam nak terkeluar isi jantung, bila memandang reaksi Sarah terus ketawa berdekah-dekah. Adoii..hilang feeling aku dek perangai Sarah ni.

Mia..kenapa?”

Serentak suara Sarah dan Is bertanyakan soalan yang sama. Sejurus itu juga mulut aku terlopong.


Hari ini aku datang ke ofis dengan surat cinta untuk Manager aku. Ya, MC. Bukan selalu manager aku dapat surat cinta dari aku. Ayat paling manis aku bagi dengan bos kecil ketika meletakkan MC di atas mejanya. Dengan bos besar, jangan harap!. Aku memerhatikan Sarah yang tak selesa dengan bajuku di atas tempat duduk dia. Aku tergelak kecil. Padan muka! Siapa suruh tidur rumah aku tak bawa baju. Kan dah segala-galanya kena pinjam. Nasib kaulah Sarah.

Oii…Sarah. Kau ni dah makin mengecik ke baju tu makin membesar?”

Jerkah Khairul sambil ketawa. Habis yang lain ikut ketawa sekali termasuklah aku. Dan termasuklah Is. Is..? Aku mengeluh perlahan. Harini aku bukan datang berdua dengan Sarah tetapi bertiga.

Nasib baik kau hensem Is, aku relakan je kau tinggal dalam badan aku niaku berkata dalam hati.

Mia berbisik apa? Is tak dengar jelaslah.”

Saja aku berkata dalam hati, sebabnya memang dia tak akan dengar dengan jelas kecuali kalau aku berkata-kata dengan mulut.

Is jangan nak mengada-ngadalah

Laju je ayat tu keluar. Dua tiga orang kawan sepejabat aku yang ada memandangku terutamanya Sarah. 

Siapa Is?” tanya Tasha.

Alamak! Aku lupa yang aku bukan berdua je dengan Is di dalam pejabat ni.

Err….kawan sekolah aku message aku, mengada2 pula dia hari ini.”

Not my style betullah. Jatuh status hati kering aku.

Haha..pandai Mia cover ek

Is menyampuk cakap aku. Aku menahan geram. Kang kalau aku cubit tangan aku, orang ingat aku gila pula. Dan of course lah dia tak akan rasa sakit kan. Aku yang sakit adalah. So, bersabarlah je lah wahai Mia oii dengan makhluk alam yang berada dalam diri kau ni. Makhluk yang bernama dugong ni pula lagi satu hal. Nak handle dua makhluk dalam satu masa mau pecah kepala aku nanti.



Bab 7

Mia, aku tengok kau ni pelik je ni?  Kau rindu Adam ehhh?”

Sarah memulakan perbualan untuk hari ini.

Aah..ke mana dia eh? Sehari tak datang kacau aku rasa sunyi pula

Saja-saja aku buat muka serius aku ke Sarah. Sarah senyum tergedik-gedik menandakan dia faham maksud tersirat di sebalik kata-kataku.

Siapa Adam, Mia? Kekasih Mia ke?

Tanya suara garau dalam tubuhku. Kus semangat aku. Tiba-tiba bersuara setelah diam sekian lama. Jeleskah Is terhadap Adam? Sarah yang nampak perubahan muka aku cepat-cepat sibuk bertanyakan aku. Aku cuma menggelengkan kepala sambil tersenyum ke arah Sarah. Disebabkan aku baru nak adapt dengan situasi yang aku anggap sangat tak masuk akal ini, aku lebih banyak mendiamkan diri tidak seperti selalu. Nasib baik Sarah tidak syak lebih-lebih, mungkin dia anggap aku masih keletihan akibat peristiwa semalam. Dan dia menghormati sifat diam membatu aku. Dan persoalan Is, aku jawab dengan gelengan yang aku beri kepada Sarah tadi.

Dalam perjalanan balik, Is banyak bercerita tentang itu dan ini kisah silamnya. Aku langsung tak amik port apa yang diceritakan oleh Is. Mungkin terguris dengan sikap diam membatu aku lagi, Is turut mendiamkan diri.

Is..cerita la lagi..Mia dengar je walaupun Mia tak respond

Tiba-tiba rasa serba-salah aku datang. Hilang sudah hati kering aku.

Agaknya Mia tak suka kot Is duduk dalam Mia

Ehh..merajuk pula mamat ni?

Is duduk kat mana yer? Jangan duduk kat hati Mia tau. Itu kawasan larangan. Hehehe

Ibarat kisah Adam dan Hawa pula lagak aku. Ada tempat terlarang.

Is pun tak tahu kat mana tempat Is sekarang. Is seperti roh yang tersepit di dalam badan Mia

Aku terkejut. Masih mampu mengawal stereng kereta aku. Fuuhh!! Kalau tengah makan confirm-confirm makanan yang aku makan tersembur dari mulut aku. Dapat pula semburkan ke muka Adam dugong tu, lagi puas hati aku. Heh!

Seriously, Is? Maksud nya Mia ada dua roh la sekarang ni?

Bukan..bukan..Is cuma menumpang sahaja, badan Mia memang ada satu roh. Is cuma menumpang buat sementara waktu. Sampai masanya Is akan pergi jua.”

Perkataan ‘pergi’ yang dikatakan oleh Is sedikit sebanyak mengguris hati aku. Aku tidak tahu kenapa, tetapi perkenalan singkat dengan Is menggetarkan naluri wanita aku. Walaupun aku rasa terbeban dengan kehadiran Is di dalam badan aku, tetapi dalam masa yang sama aku dapat rasakan ada suatu perasaan yang aneh muncul. Perasaan yang aku sendiri tidak faham. Bila Is menyebut perkataan ‘pergi’ dari aku barulah aku sedar yang aku telah menerima kehadiran dia di dalam badanku. 

Bab 8

Sudah dua minggu Is berada di dalam badanku. Dua minggu jugalah aku mungkin diibaratkan seperti orang gila oleh orang lain. Bercakap sorang-sorang tetapi aku cover ok tak bagi Nampak obvious sangat. Di rumah tergelak sorang-sorang tetapi hakikatnya tergelak berdua. Sampai sekarang aku tidak menceritakan kisah ini kepada sesiapa pun. Biarlah tersimpan rahsia jauh di dalam lubuk hatiku. Hatta Sarah pun tidak tahu yang hal yang sebenar. Family aku pula dah anggap aku normal seperti biasa. Mimpi yang cuma mainan tidur. Is cuma bercakap dengan aku bila aku bukan di pejabat atau pun ketika tiada orang di sekelilingku. Aku dah warning dia awal-awal jangan bikin kacau. Supaya orang tak syak yang aku ni gila. Jatuh saham aku kalau orang lain nampak. Ish ish ish.

Is memang tak boleh dengar dan duduk diam dengar nama Adam. Hilang perjanjian kami. Kadang-kadang kami sama-sama mengutuk Adam dan mengenakan Adam. Dan kami bersama-sama ketawakan Adam. Is membuatkan hidup aku lebih ceria dua minggu kebelakangan ini dan membuatkan hati aku semakin berbunga-bunga. 

Paling seronok kalau kami nak ke pasar raya membeli barang-barang dapur pada hujung minggu. Pagi ini seperti biasa, kami akan berbincang terlebih dahulu nak masak lauk apa, berbuih-buih mulut aku bercakap dengan Is. Faham-faham je la kan, dia kan tak boleh dengar tanpa mendengar suara aku. 

Is, cepatlah..kita nak makan apa ni? Saya nak masak special untuk awak ni..excited ni!

Mia..Mia..awak masak tom yam ea..ea..Is suka tom yam.. tak pun sambal udang..eh tak nak lah! Is nak gulai ayam masak cili api

Betul-betul lah Is..ok kalau macam itu, biar Mia je yang tentukan. Yang nak masuk dalam mulut pun, Mia kan.”

Akhirnya, aku memilih untuk memasak ikan siakap tiga rasa. Kelas kau Mia! Hehe. Nasib baiklah Is tidak boleh melihat, kalau tidak parah juga aku nak melayan kerenah dia.

Aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah berborak dengan Is. Tiada halangan. Tiada orang lain kecuali kami berdua. Macam-macam yang kami borakkan dari perihal dunia aku ke dunia dia. Walaupun aku tak dapat nak membayangkan tempat dia secara terperinci, tetapi apa yang dapat aku simpulkan, cara mereka dan cara kita sangat berbeza. Aku pun tak tahu nak klasifikasikan makhluk yang bernama Is ni sebagai apa. So, aku lebih suka menganggap Is sebagai makhluk. Suka hati aku je. Lantaklah. 

Is, kenapa hari itu awak cakap yang awak akan pergi? Awak nak kembali ke dunia awak semula ke?” tanyaku perlahan berbaur kekecewaan.

Mia, awak kena tahu, saya cumalah pelarian dan menumpang di badan awak secara tak sengaja

Penjelasan yang cukup tegas bagi aku. Adakah terbit rasa sayang walaupun sedikit di dalam hati aku terhadap Is? Kenapa sekarang Mia? Hatiku berdetik.

Saya seronok bila ada awak Is, awak menyempurnakan hidup saya. Saya tak pernah terbuka untuk menerima orang lain dalam hidup saya.”

Dan alamak! Apa yang aku merepek ni. Sumpah! Ini pertama kali aku menyebut ayat-ayat jiwang macam ni. Mana laa aku nak taruk muka ni? Bawah bantal, ok tak?

Mia, perkenalan kita hanyalah untuk sementara. Kita tidak ditakdirkan untuk bersama sebab dunia kita berbeza. Saya tahu suatu hari nanti awak akan jumpa soulmate awak. Tapi bukan dugong! Saya tak rela. Mungkin yang serupa muka macam saya? Kalau awak masih ingat muka sayalah..hehe

Saya masih ingat muka awak Is" 

Kataku sedih walaupun Is cuba berlawak denganku. Aku masih ingat lagi muka Is ketika di tanah tandus. Muka yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. 

Never!

Bab 9

Si dugong seperti biasa masuk ke pejabat aku membuat kacau dan meroyan. Istilah meroyan tu Is yang bagi, not me. Hehehe.

Mia jaga-jaga. Dugong meroyan mesti dah ada kat sebelah awak kan

Is seakan memberi amaran kepada aku, seperti selalu. Aku terpaksa menahan gelak mendengar amaran Is. Rasa macam kelakar pula.

Yes Mr. Adam, sebarang pertanyaan akan dilayan sebentar lagi

Adam memberi senyuman semanis kurma. Aik! Lain macam je.

I bukan nak tanya, I just want to give u something sayang

Erkk, nak muntah aku dengar. Sarah dan yang lain-lain pun ada dapat ke? Aku orang last yang dapat sampul wangi ni ke? Sampai tak perasan aku bila Adam mengagihkan kepada yang lain.

Tahniah bro! Senyap-senyap je kau uruskan pasal kahwin ye!

Khairul memecah kesunyian. Agaknya dah tak tertahan nak melempiaskan suara garau dia tu.

Haha..thanks dude! ” Adam mengerling ke arah aku.

Ada orang tak sudi dengan aku, so aku pilihlah yang sudi nak kat aku ni, tak gitu cik Damia?” usik Adam kepadaku.

Tiba-tiba suasana menjadi kecoh dengan ucapan tahniah memasing. Kad kahwin Adam yang aku terima aku letakkan di atas meja. Astaghfirullah, selama ni aku dah bersangka buruk dengan Adam. Selama ini aku memanggil dia dugong dan kutuk-kutuk dia. Padahal dia cuma mungkin bergurau dengan aku. Tetapi, macam tak percaya juga. Sebab dulu dia pernah cakap yang dia tidak akan berputus asa dengan aku? Lantaklah, malas nak fikir. Yang penting sekarang, dia bakal menjadi suami orang.

Alhamdulillah, selamat awak Mia

Aku tersenyum mendengar kata-kata Is. Alangkah bahagianya andainya aku dapat bersama-sama denagn Is selama-lama nya. Dalam keriuhan Adam dan kawan-kawanku, aku terasa seperti terasing di satu dimensi yang lain. 

Bab 10

Malam ini terasa begitu dingin sekali. Tiba-tiba Is mengajak aku keluar dari rumah dan duduk di mini gazeboku melihat suasana malam di kawasan rumahku. Begitu banyak taburan bintang di langit angkasa. Tak sangka begitu indah ciptaan Tuhan di dada langit pada waktu malam. Sedang aku asyik melihat cahaya bintang, Is memulakan perbualan yang aku agak akan menyiatkan hati kering aku. 

"Mia, terima kasih kerana membenarkan Is tinggal di dalam badan Mia."

Suasana sunyi sebentar. Aku buat–buat tidak dengar dengan apa yang diperkatakan oleh Is. Mungkin aku tahu pengakhirannya tidak seperti apa yang aku harapkan.

"Mia, kenapa awak diam?" tanya Is kepadaku. 

"Is, cantik bintang-bintang kat atas tu kan?"

Aku menunjuk jari telunjukku ke arah gugusan bintang yang bersinar terang. Sengaja aku mengubah topik perbualan kami walaupun aku tahu Iskandar tidak dapat melihat bintang tersebut.

"Aah cantik sangat, Mia umpama sebutir bintang pada Is " 

Pertama kali aku mendengar Is berkata demikian selepas sebulan dia berada di sampingku. Pertemuan pertama dahulu, dia mengatakan yang aku umpawa mawar kayangan. Sebulan cukup lama bagiku untuk tidak berasa keseorangan. Walaupun pujiannya membuatkan aku rasa seperti kembang semangkuk tetapi dia tetap akan pergi pada bila-bila masa sahaja. Tidak semena-mena air mataku mengalir perlahan. Aku biarkan sahaja cecair hangat itu mengalir perlahan menyentuh pipiku. Tidak ku seka. Adakah Is rasa apa yang aku rasa sekarang? Sedih yang tidak terungkap dengan kata-kata. Rupa-rupanya Is tahu yang aku sedang menangis walaupun aku hanya mendiamkan diri.

" Is tahu Mia sedang menangis sekarang. Harap perkenalan singkat kita akan meninggalkan memori yang indah buat Mia. Is terpaksa pergi atas sebab-sebab tertentu"

Perlahan sahaja kedengaran suara Is. Beginikah rasanya perasaan itu yang dinamakan sayang? Atau ianya hanya sebuah mainan perasaan? Pertama kali aku merasakan sakitnya perasaan itu. Perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada sesiapa. Terasa seperti dihiris-hiris kerana tiada sesiapa yang tahu akan kehadiran awak, Is.

Aku merenung dalam-dalam butiran bintang. Merenung dengan pandangan yang kosong. Jauh, jauh dan semakin menjauh, akhirnya sampai di titik penghujung. Pandanganku kelam.

Aku terkapai-kapai dalam kegelapan malam.

Mana perginya bintang-bintang tadi? Adakah aku sudah termasuk ke dunia Is semula?” Aku berkata-kata dalam hati.

Tiba-tiba aku ternampak satu cahaya di hujung lorong yang tiada penghujung. Semakin aku mendekati semakin jelas bayangan akan tubuh seseorang.

" Is..!! " Serta-merta air mata kegembiraan mengalir keluar.

Aku sangat rindukan situasi di sini. Bertemu secara nyata dengan Is walaupun aku tahu ianya bukan di alam nyata. Is menghulurkan tangan untuk menyambutku dan menyeka air mataku. Aku melihat keadaan sekeliling yang cukup indah bagiku. Ibarat sebuah taman syurga yang dipenuhi dengan kelopak-kelopak mawar di sepanjang jalan tempat kami berdiri. Bau udaranya yang sangat harum. Harum semerbak sehingga boleh melekakan orang seperti aku.

"Is tinggal di sini. Ingat tak yang Is pernah cakap yang Is seorang pelarian? Panjang ceritanya, tetapi yang penting Is dah fikir masak-masak yang Is akan berjuang di sini" bersungguh-sungguh Is cerita kepadaku.

Antara dengar tak dengar aku terus memeluk Is. Alamak! Tindakan refleks yang lebih laju dari tindakan akalku. Macam orang yang dah tak waras. Is yang seakan-akan terkejut dengan pelukanku cuma membiarkan sahaja. Pucuk dicita ulam mendatanglah kan.

"Is tidak boleh lama di sini dengan Mia,"

Aku meleraikan pelukanku perlahan-lahan, aku terus menatap wajah Is dalam-dalam dan menyatakan yang aku menyayangi dia. Biarlah beban perasaan ini terluah sebelum terlambat. Is tersenyum lantas membisikkan sesuatu ke telingaku.

"Aku sayang kau juga Mia. Is tidak akan melupakan Mia sehingga roh terpisah dari jasad." aku tergamam.

Rupa-rupanya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Malah tepukanku berbalas dan berbunyi. Tiada ungkapan yang dapat dizahirkan dengan kata-kata. Iskandar akan menjadi kenanganku untuk selama-lamanya dan aku rela melepaskan dia. Jika ini jalan yang terbaik.

"Mia jangan lupa kata-kata Is. Mia akan berjumpa Is di dunia yang nyata"

Aku kaget dengan kata-katanya. Tidak sempat untuk aku bertanyakan lebih lanjut, Is seolah-olah jauh dan makin menjauh. Tubuhnya dilingkari oleh kepulan-kepulan kabus yang berwarna putih. Pandangan kami bertaut buat seketika dan akhirnya Is hilang dari pandangan aku. Aku terduduk longlai menyembah tanah. Hatiku bagai dicucuk-cucuk dengan duri sembilu. Malah, teresak-esak menangis seperti anak kecil yang kehilangan ibunya. Perlahan-lahan aku memanggil nama Iskandar Dhamiri dan akhirnya pandanganku kelam semula.

Bab 11

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Situasi yang sama berlaku seperti sebulan yang lepas. Ketika pertemuan aku dan Is di tanah tandus. Aik! Tempat apa pula ni, dulu di rumah sekarang di tempat lain. Bikin kepala aku berat akibat perpindahan masa dan tempat. 

" Mama, kak long dah bangun!"

Adikku cemas-cemas memandang aku dan berkalih ke arah  mama.

" Mama." kataku perlahan sambil memberi pandangan yang cukup sayu.

"Damia...jangan buat mama macam ni lagi "

Mama mengucup tanganku. Sedih benar nampaknya mamaku.

Tapi mama tidak tahu kesedihan yang Mia tanggung lagi hebat mama” bisik hatiku.

Pagi ini, aku sudah dibenarkan untuk keluar dari hospital. Waahh! Lega rasanya hatiku. Mama sedang mengemaskan apa-apa yang patut. 

Sarah kirim salam kat anak mama ni. Dia minta maaf sebab tak dapat jenguk Mia, outstation katanya,

Baguslah Sarah tiada, kalau tidak lagi haru hospital ni dibuatnya. Aku meminta kebenaran mama untuk ke kedai berhampiran untuk membeli topup. Ketika aku ingin memasuki ke arah kedai, secara tidak sengaja aku terlanggar seorang lelaki yang ingin keluar ke arah pintu yang sama. Bahu kami terlanggar sedikit menyebabkan aku agak terbelakang dan hampir tidak dapat menyeimbangkan badan aku.

Maaf cik

Lelaki itu meminta maaf tanpa menoleh ke arah aku dan menuju laju ke arah lif. Saat aku terdengar suara dia, mata dan mulutku serentak terbuka luas. Kalau lalat ada confirm masuk dua ekor.

Suara dia sama? Aku salah dengar ke? Tak..tak..aku tak salah dengar!

Dengan sepantas kilat, aku terus mengejar dia dari belakang dan berharap sangat yang dia belum memasuki lif lagi. Pintu lif belum terbuka! Syukur Ya Allah!

Iskandarrrr!!

Tercungap-cungap aku memanggil nama dia. Degupan jantung berdegup laju. Selaju jet pejuang.

Iskandar Dhamiri..?

Aku berkata perlahan. Bunyi yang agak pasrah aku kira. Pasrah yang dia bukanlah lelaki yang aku maksudkan. Lelaki yang aku rindui sepenuh jiwaku. Perlahan-lahan dia menoleh ke arahku.

Maaf, kita kenal ke?

Lelaki itu memandangku terkejut. Mungkin terkejut kerana aku memanggil dia sekali dengan nama penuhnya. Dan aku juga terkejut kerana suara dan wajahnya memang semirip dengan Iskandarku sewaktu dia menoleh ke belakang memandangku. Tidak semena-mena terasa bendalir hangat mengalir di hujung mataku. 

Sebulan kemudian

" Something always brings me back to you, it never takes too long, no matter what I'll say or do, i'll still feel you here till the moment im gone," 

Nada deringku berbunyi indah. Seindah lirik lagu Gravity nyanyian Sara Bareilles. Tertera nama Iskandar Dhamiri di papan skrin handphoneku. Senyumanku meleret sehingga ke telinga.

"Mia jangan lupa kata-kata Is. Mia akan berjumpa Is di dunia yang nyata

Ayat terakhir Is terngiang-ngiang di fikiranku. Terima kasih Tuhan. Kerana menjadikan mimpiku suatu kenyataan. 





Jika diberi ruang & waktu
In Syaa Allah ak akan
detailskan lg watak2 di dlm cerpen neh
terdapat watak2 yg terpaksa dimatikan segera
utk menjadikan cerpen neh
x meleret sangat

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN