MAJLIS PERKAHWINAN TEMA TRADITIONAL PART 2 : SANDING

4:44 PM


Assalamualaikum & hai hai. Toraaa datang lagi. Tanggal 17/03/2018 merupakan detik yang paling indah dalam hidup ak. Dalam hidup kau indah x..? Sebab apa..? Momen untuk akad nikah & persandingan ak. Senang kan sekali langsam satu hari. Plan awal2 nak buat macam orang selalu buat Jumaat akad n Sabtu sanding. Tapi masa tu abang sulong ak aka wali |pengganti arwah abah| ad hal hari Jumaat tu. So, kitorang decide untuk buat terus hari Sabtu. Letih pun untuk 1 hari jek kan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tenang.. dengan angin2 yang sepoi2 bahasa. Cuma sedikit ribut bila pengantin lama sangat bersiap n pengantin lelaki berpeluh2 kena tunggu kat luar pagar. Kikiki. Sorry en.suami. Jasamu amat ku kenang. Kah!



Pelamin & busana perkahwinan bertemakan traditional dari KERONGSANG EMAS DECORATION juga. | Upss..sila abaikan siling | Sebab malas nak fening2 kepala ak decide untuk pilih full package dari diorang. Service memang tip top. Highly recommended bagi korang yang dok area Negeri Sembilan. Pakej yang ak pilih termasuklah :


Baju pengantin lelaki & perempuan
Aksesori lelaki & perempuan
Makeup akad nikah & sanding
Pelamin & aksesori
Baju akad nikah lelaki
Meja akad nikah 
Caj pengangkutan ke Bahau. 

Kalau korang nak walk in, butik diorang terletak di Seremban 2.


Yang ni lakaran yang ak imagine untuk direalisasikan oleh team KED. N the result is....WOWWW..!! Sama macam yang ak nak. | Ak cakap dorang lukis..hee |


Sebahagian aksesori dari KED


Sama macam make up nikah, untuk sanding ak request light make up jugak. X mau conture lah pemende mak nenek bagai semua tu. Tapi ak request bibir merah inspirasi dari gambar di bawah. Vintage make up gituw..Tengah bersolek, Diela my kombar masa kecik datang menjenguk. Katanya nak pergi ke kenduri lain pulak terpaksa balik awal. Alahai..x sempat nak bergambar kat pelamin dengan ko diela. Gambar make up x sudah pun jadi lah ek.

 |Adore sangat make up ni|


X lengkap rasa ny majlis perkahwinan kalau xde hantaran kan. Walaupun ni cuma adat je tapi kahwin sekali seumur hidup rite..?? Semua ni ak DIY sendiri hasil dari bantuan encik gugel & tulang belakang omak chomel! Mak lah orang yang paling eksaited tolong ak bagi idea & gubah sireh junjung tau. Nanti ak share tutorial untuk menggubah barang hantaran. Tema gubahan ak? Opkos lah traditional, dengan orkid putih, 9 dulang berbalas 7 dulang.

HANTARAN PIHAK PEREMPUAN KE LELAKI

1. Kek
2. Cupcake
3. Buahan
4. Baju & cap
5. Kasut
6. Set wallet
7. Perfume
8. Songkok & Sejadah
9. Sireh junjung
10. Tambahan - puding 


HANTARAN PIHAK LELAKI KE PEREMPUAN 

1. Coklat
2. Telekung
3. Purse
4. Kain Ela
5. Handbag
6. Kasut
7. Gelang


Catering ak dari Wardisyah Catering. Pejabat ny dah berpindah dari Bahau ke Batu Kikir. Antara hidangan yang kami pilih termasuklah ayam masak sambal, daging salai masak lomak cili api, cendawan hitam masak lomak cili api (nyummeh..!), dalca, ulaman, papadom & buah oren. Pemanis mulut terdapat kuih karipap, mentalam, koci, bubur pulut hitam & air teh. Perghh..terangkat wei.


Ni la ghupo eh hiasan meja pengantin dari Wardisyah Katering. Tema yang dipilih kuning & putih. Goodies untuk tetamu pihak pengantin lelaki pula terdiri daripada telur rebus, surah Yassin & bekas kristal. Goodies untuk tetamu adalah kek span yang ditempah khas dari mak ndak fuzi sebanyak 700 kotak. Sodap kek dari mak ndak ni, sesiapa berminat nak tempah boleh lah PM FB mak ndak Fuzi . Goodies untuk si cilik pula macam biasa gula2 & kerepek sebanyak 100 kotak.


Abam DJ dah termasuk sekali dalam pakej catering. X payah fening2 kepala nak carik lain yer. Abam RELA yang rela berkorban hujan & panas pula ak book untuk 2 orang. Seorang RM 50. Boleh refer sini cara untuk buat surat mohon RELA.


Haa..cer teka ni chef mana plk import ni..?? Ni lah chef khas untuk apam balik crispy. APAM BALIK ALIF WORLD. Kreuk...kreuk. Sodap giler wei. Nak membawang pun terasa nikmat dengan ada ny apam balik crispy. Hew hew hew. Sponsored by Kak Ti. Manakala laksa disponsor oleh kak Ngah. |Sayang..xde pulak gambar|


Yang ni lagi rare dengan ketinggian songkok yang dipakai ny. Bukan calang2 songkok okeh! Hihi..Abam CENDOL SONGKOK TINGGI dari Kg Jiboi Baru Seremban. Sodappp sgt cendol diorang ni. Sponsor by Kak Ti lagi. Highly recommended. Daebak!! 


Mula2 ingat x nak ambik kompang, tapi abang ak kuat pulak semangat ny suruh ambik kompang. X meriah kate ny. Kompang dari team KOMPANG GAJAH MATI. Kesian abam2 ni kena berkompang beratus kali sebab pengantin lambat turun. Hee..


Tengah2 panas ni sedap lah budak2 makan AISKRIM kan. Cucu ak si Zafran yang baru umur 4 tahun pun pandai beratur sendiri ambik aiskrim. Aiskrim dari Kg Talang sehinggit untuk 1 cone. 


Then, ad 1 sudut untuk GUESTBOOK. Para tetamu yang datang boleh lah tinggalkan ucapan kasih sayang untuk ak di sini. Boleh dijadikan kenangan bila dah tua sok. Syahdu gituw. Boleh refer sini cara ak DIY Wedding Guestbook ni. Nak beli mahal oii..!!


Sementara menunggu ketibaan Duli Terhormat para tetamu, memasing sakan bergambar. Kang dah x boleh bergerak pulak kan dok melayan tetamu. Sebahagian dari my big bang family bergambar di hadapan banner sponsored by my SIL. Juga merupakan tempat untuk menyambut para tetamu. 


Senyuman colgate dari mak chomel. Say cheeseee..!


My family merasmikan juadah dulu sebelum ketibaan para tetamu


Abang sulung dan isteri-isterinya


Kak Ngah dan suami-suaminya


Muka happy nak sambut adik baru..ehh!


Anak buah sulung dan kakak bongsu


Amik udara panas dulu


Warming up!


Membawang lettew sebelum balik


Meriah dengan kehadiran saudara mara




Bunga manggar pun ikut tema kuning + putih


Haa..cik abang segak dah pun tiba lengkap dengan busana Melayu Songket kuning. Diiringi dengan musik kompang berdentam dentum. Ewah! Masa ni kesian tau pihak lelaki sebab dah berpeluh-peluh menunggu sang puteri pengantin perempuan turun, tak jugak turun-turun. Cuaca dah la panas terik. Nasib baik pengantin lelaki x bersilat tengah2 tu. Menunggu dengan penuh kesabaran dan kelaparan.


Bila dah dapat tau pengantin lelaki dah lama menunggu, tergedik-gedik tergesa-gesa mak andam buat final touching. Tak sempat kau nak snap gambar before & after. Kesian jugak dekat mak andam. Dalam keadaan terkocoh-kocoh tu, alhamdulillah takde eksiden jatuh ke apa ke kan. Ak turun dengan keadaan buta |x pakai lens punya pasal| dan senyuman yang menggoda. Ehhh!


Penyepit pun sama2 malu. Erkk..


Sikit lagi nak sampai..Oh yeah!


Dah sampai..kikiki



Ingat dah boleh makan ke? Belum lagi okeh! Kena duduk dulu tengok persembahan silat.


Persembahan SILAT dipersembahkan oleh abam Gadaffi n friend. Beliau merupakan ex-opismate ak masa bekerja di KL dulu. Datang jauh dari KL gituw.


Mula-mula persembahan ak pun x faham apa yang merasuk abam Gadaffi ni sampai tak pakai selipar atas jalan tar tengah2 panas terik. Bila dah tersedar, terus beliau memakai selipar. Haha. 


Haa..persembahan yang ni EPIC!


Abis je persembahan silat, kami ke pelamin dahulu untuk bacaan doa makan oleh Ustaz Muhammad Suhail. Eceh! Belum title ustaz lagi yer. Suhail merupakan anak abang ak yang sulung. Pengantin lelaki hampir menangis kerana menanggung rindu kelaparan. Ahaks!


Sesi makan beradab. Makan tak lalu weh. Terketar-ketar tangan ak nak menyuap cendol sebab lengan baju ak ketat sangat. X ada ruang nak bernafas. 


Pihak lelaki makan dengan penuh berselera. Alhamdulillah!


Sesi memotong kek dan adegan tembak-menembak suap-menyuap.


Dimeriahkan dengan kehadiran family bos


Tulab, Hana & maknya. Terharu sangat sebab Tulab datang dari jauh. My BFF masa sekolah menengah. Hana is cuteee..!!


Sebahagian dari saudara mara yang hadir


Sesi menepung tawar aka merenjis dari pihak lelaki. Dalam gambar ni semua adik beradik MIL. Dari Pak long, MIL, Pak itam, Mak teh, Mak andak & Mak cik.


Dah kenyang makan, sesi bergambar dengan family in law. Disebabkan pelamin tak cukup besar, hanya sebahagian saja yang join bergambar.



Sepupu lelaki belah suami


Sopi & Qila


My BFF, penyepit Ecah & Fara yang dok teman ak dari pagi sampai petang. Korang memang sporting! Hihi..


Kawan-kawan Kak Lang pun datang memeriahkan majlis. Ehh..Hana pun ad kat situ!


Saudara dari Lui Muda. Family mak cik.


Family abang ipar dari Bangi pun ada


Kawan sekolah menengah, Fuad & isteri.


Bos kecik, Faiz & isteri. Paan & friend pun ad. Hee..


Gang havoc sekolah menengah dulu. Chomel sangat Fayyadh & Hana


Ifq, Ane & Ekal lambat sket sampai. Sempat lagi membawang lama2 dengan dorang. Ecah sampai 5x meratah lauk cendawan. Ehh! Geram tengok anak2 ane, macam korea.


Kawan dari sekolah rendah. Kudin & komba. Yang lain tak tahu lah ad datang ke tak sebab ak tak nampak orang.Huhuhu..


Family Ros, wakil dari opismate KL dulu. Terharu sangat sebab sanggup datang dari jauh. Nagakecik pun ad datang tapi tak datang bergamba pulak dia. Hee..


Haa..dah sampai masanya untuk sesi bergambar dari family besar Inun pulak. Kami memilih tema kebaya & songket berwarna TIFFANY BLUE. Sedondon semua yer. Semangat gituw. Free style dari family kak ngah.


Freestyle dari family kak lang


Family kak tie. 
Aaima : Upps! Sorry pak induk,,Aaima terpukul kepala pak induk 
Pak induk : |Jeling ke tepi.Senyum|
Bang Fauzi : Hihihik..


Kita snap lagi sekali. Buat2 betul2 key..say cheese!


Family kak ton. Alolo..sian Qaireen muka tak bermaya je sebab baru sembuh dari demam.


Family bang jai. Auni & Abe MIA.


Dulang girls in the haus..mana dulang-dulang eh..??


Anak buah sulung. Tengah2 sarat pun aktif bergerak sana sini.


Ustaz Suhail yang bacakan doa untuk pengantin. Anak abang sulung. Lepas ni majlis ko pulak yer.


Ni budak penyibuk. Pantang nenek moyang kalau tak bergambar.


Gadis-gadis sunti yang menunggu masa untuk dipinang. Haha..


Sebahagian dari anak-anak buah cilik. 


Bagi can lah! Kami nak jugak..hew hew hew


Posing yang sama 


BFF kak lang masa kerja di Juasseh dulu, Kak June.


Finally, tamat lah sudah majlis perkahwinan pertamaku. Masa yang ditunggu-tunggu, bergambar dengan seluruh ahli keluarga cucu cicit uwan Inun. Actually, ramai jugak yang xde dalam gambar ni, Farid, Mus, Adeeb, Wani, Yamin & Zahraa. Masing-masing ad  hal kate ny. Tak dapat jugak nak bergambar full family portrait. Sigh! Abis sesi bergambar, kami ke luar untuk aktiviti outdoor. Antara lokasi yang dipilih sangat-sangat mother nature okey. Sesuai lah kot dengan tema traditional. 


Lalang


Kebun getah




Taman bunga hadapan rumah. Ahaks!

Penat betul untuk seharian ni. Dari pagi tadi sampai ke petang dok senyum dan bergambar. Nasib baik sindrom bibir tergetar hilang masa ni. Kalau tak, azab weh! Apa-apa pun alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, cuaca pun baik dari pagi sampai petang. Alhamdulillah. Tiada drama yang pelik2 berlaku. Semoga ikatan yang dibina ini berkekalan sehingga ke Jannah dan keluarga kecil kami diberkati Allah. Ameen..~ Sob sob..tetibe sebak. 



Notakaki : Masih dalam mood honeymun.

Baca entry lain

2 darlings

  1. cantiknya awak! sha poun nnti ingt nak buat sehari ke akad nikahh + sanding

    btw follow sini

    ReplyDelete

DRAMA QUEEN