MAJLIS PERKAHWINAN TEMA TRADITIONAL PART 1 : AKAD NIKAH

4:23 PM


Assalamualaikum & hai hai. Jom kita nyanyi kejap. Berlalu lah sudah Ramadhan..sebulan berpuasa..ehh!! Silap lagu la pulak. Berlalu lah sudah majlis pernikahan ak dengan encik dobiku 5 bulan yang lepas. Pejam celik pejam x celik 5 bulan dah yer. Sekejap jer masa berlalu. 5 bulan jugak lah ak x berkesempatan untuk updet belog ni. Alhamdulillah sekarang dah pun memegang title puan Amira..hik hik hik..ad kau kisah..??


Pagi-pagi lagi selepas Subuh ak dah start bersiap. Nebes kate kau. Try pakai lens beratus kali asik failed. Mata dah pedih berair2. Ak siap message mak andam sebelum dia sampai, tanya kenapa mata ak jadi pedih. Dia cakap salah 1 sebab dah terkena inai masa ak pegang lens tu. So, efek pada mata. Memang x boleh pakai dah kena buang. Sigh! TIPS : Make sure minta orang lain tolong pakaikan lens melainkan ko memang dah pro. Nak x nak, ak akan menjadi buta sepanjang majlis nanti dan konpiden level kena tinggi.


Sebelum & selepas. Make up dari KERONGSANG EMAS DECORATION. Masa ni ak request untuk make up simple2 je, x mau tebal2. Sangat satisfied. Thanks kak diella. IG : makeupbydiella

Veil x beli pun. Recycle dari akak ak ny yang berumur lebih sedekad. Jimat duit. Ak simpan lagi tau dalam kotak rapi2 dalam almari. Eceh.


Punya lah nak cut budget untuk inai, en.suami suggest adik yang kerja kat speedmart depan dobi dia untuk inaikan ak. Adik ni buat part time. RM 60. Cantik sangat.!! Lebih kurang sama macam contoh yang ak carik kat gugel. Berbaloi-baloi dari ak amik pakej sampai beratus hinggit. Lace baju dari Jakel then ak DIY letak white stones untuk kasi efek bling bling.


Heel ak beli dari ZALORA. Evening glitter heel pump. Saiz 38. RM 139. Actually, ak 50-50 samada nak simpan buat kenangan or jual heel ni. Sesiapa yang berminat boleh PM ak yer. Ak bagi harga kasih sayang. 


Akad nikah ak dijalankan di Masjid Kg Kuala Jempol. Bermula pada jam 9.00 am. Mukadimah jer dah panjang berjela. Memasing dengan penyepit sakan berborak.




Family ak lengkap sedondon dengan memakai baju berwarna tiffany blue dan bertudung kuning mustard. Al maklumlah adik yang bongsu nak kawen. Hee. Tu yang masing2 semangat laen macam sket. Secara x langsung, ini merupakan kenduri besar yang terakhir di rumah ak. Isk isk isk.

                            

4 orang gadis sunti yang dilantik menjadi bidadari ak. Haaa..flowers girl in the house uolls..!! { Auni, Maisarah, Aaima & Qaireen }


Sempat lagi selpie dengan omak yang chomel. Hee.


Haa...buat ap tu..?? Updet FB live lettew.. =P


Nebes ke nebes..??


Ready 2 go..!!


Pengikat kasih sayang..eehh..!!


Alhamdulillah..selamat tinggal zaman bujang..!!


Muka seronok. Orang laen lepas akad nikah sodih, ad yang menangis. Ak terlebih eksaited pulak. Kikiki..


Semua mendoakan kami. Ameen ~


Ustaz Musa memulakan sesi khutbah. Haipp..jangan tido! Biasa die tu..Setelah selesai, kami balik ke rumah untuk upacara pembatalan air sembahyang.



Sesi penyerahan hati & jiwa..kahh!


Batal air sembahyang


Sesi bersalaman maaf zahir & batin. Malu-malu gituw! Pestime la kate kau. Ahaks..



Bergambar dengan family mertua.


Wif my beloved mom, k.ngah & anak2 & mak long.


Dulang girls pun hado. Siap pakai headchain lagi.



Budak yang suka nyebok time bergambar. Ehh..macam komba pulak haa.



Penyepit Ecah & Fara. Dari pagi sampai ke petang sudi teman kan ak. Mekaseh korang. Cayang lebih sket..!! hihi..

Selesai sesi bergambar, x sempat bersanding lagi pelamin dah kena rasmi. hee..okay mak andam dah bising suruh cepat sebab takut terlambat siap nanti. Dan semestinya memang lambat siap pun. Kecoh sebentar di hari perkahwinanku ( erkk..macam tajuk drama pulak )




Notakaki : Stay tuned for part 2. 

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN