KHASIAT BUNGA ROS UNTUK SERI PENGANTIN

4:00 PM


Semenjak umur dah menginjak ke akhir 20an ni, kulit ak pun mengalami perubahan menjadi semakin kusam. Paling obvious lepas bertunang, puas ak guna macam2 petua untuk menggebukan mencerahkan kulit muka. Kalau dulu ak dengan bahagianya dengan pencuci muka safi balqis ( dari form 1 x pernah tukar kot )..tetiba je safi balqis dah x jalan dengan muka ak. I wonder why..?? Hmm..so ak tukar ke HIMALAYA produk. Quite nice..walaupun still x putih seperti yg dijanjikan oleh produk lain 3 hari je boleh putih. What the fish. Ak cuba istiqamah. Petua sendiri? U name it. Kunyit, yoghurt, soda bikarbonat, tomato semua pernah melekap kat kulit muka ni. Hihihi. 

Baru-baru ni ak google untuk mencari petua seri pengantin. Alhamdulillah, ak jumpa petua makan kelopak bunga rose untuk menaikkan seri muka. Erkk...macam x percaya tapi kalau x buat, bukan ak nama ny. Up status kat fesbuk, ad 1 komen dari kawan ak yang membuatkan ak sangat teruja dan terliur berbunyi, 

Nad ada sorang kt group imaan dia mmg amal kan makan bunga rose ni. Tp 1 hari 2 3 kelopak. Mmg pinkish muka dia. Cantikk "

Ak macam WOWW..!! bila baca komen kawan ak ni. Apa lagi esok ny tu terus singgah nursery beli pokok bunga rose. RM 25. Mahal pun mahal lah. MAC lagi mahal kot. Hee...


Sekarang ak dah amalkan makan 2 helai kelopak bunga rose, bila makan tu mula-mula pahit then rasa macam best pulak. Still boleh ditelan. Kelmarin bila jumpa tunang ak, saja gedik-gedik tanya dia,

" Awak, muka saya ad nampak perubahan x..? Saya makan bunga rose"
Sambil tengok muka ak..   
"....."
 " Kan sebelum ni muka saya macam kusam "
" Haa yela, pagi tadi masa awak keluar saya nampak muka awak putih"

Banyak lagi kesinambungan cerita tersebut tapi ak nak highlightkan sampai di situ saja. Kahh!


KHASIAT MAKAN KELOPAK BUNGA ROSE 

1. Mengandungi vitamin C & air
2. Mengubati masalah pencernaan, sakit kerana cedera & haid tak teratur
3.  Rendah kalori & meningkatkan metabolisme
4. Membersihkan racun dari dalam tubuh
5. Membuang sel kulit mati
6. Menaikkan seri wajah



Notakaki : Nebes ny mak! Lagi 3 minggu..huhu

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN