DIY Kimono Cardigan

12:25 PM



بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Selalu usha2 kat Instagram Kimono cardigan tapi kadang2 tu dah berkenan tapi harga dia..mak oiii! Bulat2 jadi mata ak tengok. Yang murah sikit corak pula x berkenan. Cerewet betul ak ni. Hihi..tetibe idea DIY datang. Apa lagi, macam biasa......ka ching! Jumpa kain pareo yg dibeli kat Pulau Perhentian. Konon2 beli untuk dipakai sebagai shawl alih2 tergantung rapi.


Pareo bidang ny besar, dipakai ketika berada di tepi pantai. Feeling2 berangin gitu. Corak batik tu yg buat ak terjatuh cinta dgn pareo ni. Molek sangat DIY kan jadi cardigan. Berpandukan pola dari Mr. Google satu malam ak menggunting dan jahit. Senang bak angggg!! 



Step pertama : Kumpulkan bahan2

* Sehelai pareo 
* Pola untuk dirujuk
* Gunting
* Peralatan menjahit 


Step pertama : Refer gambar 1. Ukur bahu kita berapa inci + 10". Ini untuk memastikan cardigan kita bahu ny jatuh, baru cantik! Ini untuk bahagian belakang baju yer. Refer gambar 2 untuk kebesaran leher, turunkan 1.5" yer. Gunting je sukati.


Step kedua : Untuk bahagian hadapan pula, ukur leher berapa inci. Muat2 leher je. Kemudian, kita potong jadi 2 bahagian seperti dlm gambar. Optional untuk kerat 6" labuh ny. Macam ak, biarkan je sebab pareo ni memang dah ad benang2 di bawah ny.


Step ketiga : Untuk bahagian lengan cantik buat besar. Nama pun kimono kan, feeling2 pakai kimono lah. Tambah 10" juga untuk lebarnya.

Step keempat : Jahit sampai lebam! haha..

TADAAAAAA....done!!


Puas hati bila dapat buat sendiri. Rasa diri lebih dihargai..
Ehhhh!!


Antara yg jadi sumber inspirasi ak macam kat bawah ni. DIY je semua. Nangis tengok!




Ak nak buat lagi
.
.
.

Series ak cakap ni. 


* Muka berazam*





Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN