بِسْÙ…ِ ٱللّٰÙ‡ِ ٱلرَّØْÙ…ٰÙ†ِ ٱلرَّØِيمِ
Hello Seoul.
As
salam. Jari jemariku kembali menari. Berpenggal rasanya ak tinggalkan entri
travel ke Korea ni. Now, coretanku hampir berakhir setelah 4 hari berada di Korea. Pagi ni,
kami bersarapan nasi & sardin. Pagi2 lagi, ak dan Didie sudah keluar untuk mengambil angin
pagi di sekitar Itaewon. Kau bayangkan lah di sekitar lorong2 kecil kawasan
perumahan diorang ni sangat susah untuk Nampak sampah. Hatta yang kecik pun x nampak. Respect beb! Buat ak terfikir, kenapa Negara Islam macam kita sangat
kotor persekitarannya. Kalau sungai, x payah cite lah. Haritu, slumber badak je
one guy ni dengan naik motor ny campak plastik yg besar kot ke arah sungai. Ak
rasa marah betul. Ishhh…
Setelah semua berkumpul, kami bergerak ke Namsan Seoul
Tower. Ketinggian tower ni adalah 236.7m. Antara tower yang ter’best’ di Asia.
Tapi memang best gila kot. Service dorang memang superb, pantas dan efficient.
Haa amik kau, melambung ak puji. Sebelum sampai ke tower, kami akan menaiki
cable car untuk menuju ke puncak. Then, kami akan menempuh kawasan yang
dipenuhi dengan padlock. Rugi sangat dah sampai jauh2 tapi x bawak padlock sendiri. X
dapat lah nak tinggalkan jejak kat sana kan. Wuuu…
muka eksaited naik cable car
menuju puncak!
syurga padlock
Jalan sket bergambar, perjalanan yang jauh terasa kejap je.
Hee...Okeh, sampai di Tower, kami akan menaiki lif pula untuk melihat view Kota Seoul dari atas. Yeah!! I can’t wait!! Lif pun memuatkan ramai orang. So, x
payah tunggu lama pun. Korea dan teknologi berpisah tiada. Kami dihidangkan
dengan movie dari atas bumbung lif. Tup2 tengok dah sampai atas. Pergh..x sedar
langsung. Harga tiket pula dah termasuk dalam pakej.
suasana di dlm lif. Menjamu mata dulu
Cuci2 mata usha mamat Korea. Ehh..! Tengok view Bandar
Korea. Padat wei..ak tengok pun sesak nafas x cukup Oksigen.
Aikk..mak ak tengah tengok apo tu? Hihihi. Biasa la anak dia
suruh posing kan. Antara tarikan yang terdapat dalam tower ni selain dari view
yang cantik, terdapat pelbagai jenis coklat coklatan yang dijual. Katanya halal
tapi ak x beli pun. Dah puas cuci mata, kami turun untuk menikmati pemandangan
di bawah pula. Mak ak kena jadik model lagi. Haha.
Antara perkara yang ak suka tentang Korea ni adalah senibina
bangunan dia yang berukir2. Cantik sangat.
Terdapat 2 jalan untuk ke Namsan Tower which is berjalan
kaki menaiki bukit atau menaiki cable car. Yang ni path untuk mereka yang suka berjalan kaki.
Kebetulan masa ni ada Beacon FireLighting Ceremony. Sempat
la kami bergambar dengan guard diorang yang berbusana traditional. Guard ni
haram nak senyum, muka ketat giler. Nasib baik muka kau chomel. Haha.
Tengahari kami bergerak ke Namdaemun Market & Sungnyemun
Market. Kat sini antara tempat howt kalau kau ke Korea. Ad jual macam2 benda
kat sini. X ada jual orang eh jangan nak ngengada. Antara tempat yang kami pergi
kawasan menjual souveniers, brooches & pakaian. Memang murah!!
Lai..lai..macam2 ada
Anak buah ak terserempak dgn Khalid viral
Ak kenal dia ni pun sebab drama Goblin..ngee
Kat sini je ak sempat sambar
cermin solek, fridge magnet, keychain & pinggan hiasan. Dapat la free gift
kecil molek. Kerongsang ak sambar 4 ketul. Tu pun dah juling2 mata ni dok memilih. Masa pula terhad memang memasing terkejar2 nak memilih sebab kedai tutup tengahari untuk hari Sabtu.
Cermin 3K won
Magnet 5K won
Keychain 6K won
Pinggan 7K won
Kerongsang hipster
Kat sini family ak shopping
T-shirt Korea. Selesai aktiviti di Namdaemun kami bergerak pula ke Yeouido Park untuk
menikmati makanan tengahari sambil melihat Cherry Blossom. Walaupun belum
mengembang sepenuhnya tapi park ni dah tersangat meriah dengan kunjungan warga
mereka. Sementara di dalam bas kami
menikmati Korean Street food which is Kebab tapi harga macam Kebab hipster di
Malaysia. Ahaks!
Kebab 5K won = 20 hinggit
Plan asal sepatutnya kami ke tasik buatan manusia iaitu Cheonggye Stream tapi terpaksa dibatalkan kerana rakyat Korea tengah buat demo jalanan untuk
pertukaran presiden. Jalan ke sana ditutup dan kami terus menuju ke Cherry Blossom Park. Satu tempat dah x dapat pergi.. isk isk isk. Perjalanan ke sana x lah jauh sangat pun mengambil
masa dalam 30min sahaja. Jom layan pemandangan SAKURA..!!!
Get ready untuk makan tengahari
Ni nak cakap apa pulak? Kitorang dok beku kesejukan tapi
bebudak Korea ni rileks je pakai seluar & skirt pendek. Whatt..??
Apesal sume terpinga pinga ni? Carik pokemon ke?
Yang ni antara pic fevret yang ak snap. Ak ingat lagi ad 1 gang gadis Malaysia ni suruh amik kan pic dorang guna DSLR. Dah la ak x pernah guna kot. Nebes mak! Ad la 3-4 keping ak snap. Sekali dorang tengok, dorang suka giler cakap cantik la ak snap kan. Muka eksaited x hengat. Ak macam..erkkk!! Well..tengok tangan la kan. Ahaks!
Antara famous food di sini :
Keledek manis. Nyum!!
Aiman Tino tertido kesejukan
Malam terakhir kami menghabiskan masa & duit yang berbaki di pekan Itaewon. Agak frust jugak la sebab x jumpa dah cap yang berkenan untuk cik tunang. Menyesal x beli masa kat Myeongdong aritu. Tutup mata dan bayar, kena campak cap tu belakang cite. Then, ak & akak ak borong kosmetik di ETUDE HOUSE. Kau kalau dah sampai sini, memang kesalahan besar kalau x borong kosmetik dorang. Sebab murah kot! Jauh jurang harga yang dijual kat M'sia. Hu3..
Cap 9900 won
Make up + mask 22 800 won
Eyeliner 2500 won
Selesai sudah hari2 di Korea. Rasa macam nak sambung terus ke Istanbul dan Jepun. Kikiki. One day mungkin..?? In syaa Allah, ameen.
Breakfast dalam plane jo lah. Maggi & Green Tea RM12.
Selamat tinggal bumi Korea. Semoga kita ketemu lagi.
~ Annyeong-hi gyeseyo ~
Notakaki : Misi perabih duit utk kawen