بِسْÙ…ِ ٱللّٰÙ‡ِ ٱلرَّØْÙ…ٰÙ†ِ ٱلرَّØِيمِ
Salam pagi Jumaat. Sudahkah anda ber KAHFI..?? Kalau belum, kalau bizi boleh dengar via mp3 key..? Nak dijadikan cerita, minggu lepas ak terbaca 1 artikel tentang pasangan suami isteri yang terkandas di airport disebabkan nama diorang dah kena balcklist. Kata mereka, sebelum ni nama mereka clear je dalam website Imegresen ( klik gambar di atas untuk semakan ) alih2 nak check in dah kena block. Haaa...x ke naya tu. Ak sebagai pembayar x tegar PTPTN ni, terus cuak. Baru tersedar dari mimpi.
..................................
29/03/2017
..................................
Ak call PTPTN hotline : 03-2193 3000. Alhamdulillah dilayan dengan begitu baik sekali. Kemudian, dibagi KWSP hotline 03-8922 6000 untuk dihubungi. Antara maklumat yang diberi adalah nama pengajian, tahun pengajian & no pinjaman. Tapi ayat last pegawai tersebut hampir meragut jantung ak yang lemah ni. Nak tahu ap dia cakap?
" Nama cik ni masih tiada halangan untuk ke luar negara tapi bila2 masa je boleh diblacklist "
Mak oii, sentap..!! Terus ak call KSWP pula untuk proses e-pengeluaran akaun 2. Amik masa x lama pun, lepas menjawab 3 soalan interview ak di ajar cara untuk aktifkan i-akaun. Klik >>> login kali pertama >>> then cipta username & password.
Okay, step seterusnya klik >>> pengeluaran >>> permohonan baru >>> isi maklumat sehingga akhir >>> submit >>> permohonan akan diproses >>> sms akan dihantar sekiranya diterima.
..................................
30/03/2017
..................................
Surat cinta dari KWSP diterima. SMS yang berbunyi ( kalau kau baca dengan kuat ) " Permohonan anda telah diproses. Sila ke KWSP untuk sahkan cap ibu jari & bawa dokumen sebelum 12/4/2017 ". Woww..!! Pantas & efisien.
..................................
31/03/2017
..................................
Dokumen asal & potostat disediakan antaranya : IC, Sijil graduasi & Transkrip peperiksaan. In syaa Allah, petang ni ak akan ke KWSP untuk proses cap ibu jari & pengesahan. Wish me luck!! Hihihi...
** Moga semuanya berjalan lancar