KOREA - CERITA TENTANG PENGALAMAN < DAY 4 + LAST DAY >

9:57 AM

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hello Seoul. 



As salam. Jari jemariku kembali menari. Berpenggal rasanya ak tinggalkan entri travel ke Korea ni. Now, coretanku hampir berakhir setelah 4 hari berada di Korea. Pagi ni, kami bersarapan nasi & sardin. Pagi2 lagi, ak dan Didie sudah keluar untuk mengambil angin pagi di sekitar Itaewon. Kau bayangkan lah di sekitar lorong2 kecil kawasan perumahan diorang ni sangat susah untuk Nampak sampah. Hatta yang kecik pun x nampak. Respect beb! Buat ak terfikir, kenapa Negara Islam macam kita sangat kotor persekitarannya. Kalau sungai, x payah cite lah. Haritu, slumber badak je one guy ni dengan naik motor ny campak plastik yg besar kot ke arah sungai. Ak rasa marah betul. Ishhh…







Setelah semua berkumpul, kami bergerak ke Namsan Seoul Tower. Ketinggian tower ni adalah 236.7m. Antara tower yang ter’best’ di Asia. Tapi memang best gila kot. Service dorang memang superb, pantas dan efficient. Haa amik kau, melambung ak puji. Sebelum sampai ke tower, kami akan menaiki cable car untuk menuju ke puncak. Then, kami akan menempuh kawasan yang dipenuhi dengan padlock. Rugi sangat dah sampai jauh2 tapi x bawak padlock sendiri. X dapat lah nak tinggalkan jejak kat sana kan. Wuuu…



muka eksaited naik cable car


menuju puncak!




syurga padlock




Jalan sket bergambar, perjalanan yang jauh terasa kejap je. Hee...Okeh, sampai di Tower, kami akan menaiki lif pula untuk melihat view Kota Seoul dari atas. Yeah!! I can’t wait!! Lif pun memuatkan ramai orang. So, x payah tunggu lama pun. Korea dan teknologi berpisah tiada. Kami dihidangkan dengan movie dari atas bumbung lif. Tup2 tengok dah sampai atas. Pergh..x sedar langsung. Harga tiket pula dah termasuk dalam pakej.




suasana di dlm lif. Menjamu mata dulu



Cuci2 mata usha mamat Korea. Ehh..! Tengok view Bandar Korea. Padat wei..ak tengok pun sesak nafas x cukup Oksigen. 











Aikk..mak ak tengah tengok apo tu? Hihihi. Biasa la anak dia suruh posing kan. Antara tarikan yang terdapat dalam tower ni selain dari view yang cantik, terdapat pelbagai jenis coklat coklatan yang dijual. Katanya halal tapi ak x beli pun. Dah puas cuci mata, kami turun untuk menikmati pemandangan di bawah pula. Mak ak kena jadik model lagi. Haha.






Antara perkara yang ak suka tentang Korea ni adalah senibina bangunan dia yang berukir2. Cantik sangat.



Terdapat 2 jalan untuk ke Namsan Tower which is berjalan kaki menaiki bukit atau menaiki cable car. Yang ni path untuk mereka yang suka berjalan kaki.



Kebetulan masa ni ada Beacon FireLighting Ceremony. Sempat la kami bergambar dengan guard diorang yang berbusana traditional. Guard ni haram nak senyum, muka ketat giler. Nasib baik muka kau chomel. Haha.





Tengahari kami bergerak ke Namdaemun Market & Sungnyemun Market. Kat sini antara tempat howt kalau kau ke Korea. Ad jual macam2 benda kat sini. X ada jual orang eh jangan nak ngengada. Antara tempat yang kami pergi kawasan menjual souveniers, brooches & pakaian. Memang murah!!  


Lai..lai..macam2 ada


Anak buah ak terserempak dgn Khalid viral


Ak kenal dia ni pun sebab drama Goblin..ngee

Kat sini je ak sempat sambar cermin solek, fridge magnet, keychain & pinggan hiasan. Dapat la free gift kecil molek. Kerongsang ak sambar 4 ketul. Tu pun dah juling2 mata ni dok memilih. Masa pula terhad memang memasing terkejar2 nak memilih sebab kedai tutup tengahari untuk hari Sabtu. 


Cermin 3K won
Magnet  5K won
Keychain 6K won
Pinggan 7K won


Kerongsang hipster






Kat sini family ak shopping T-shirt Korea. Selesai aktiviti di Namdaemun kami bergerak pula ke Yeouido Park untuk menikmati makanan tengahari sambil melihat Cherry Blossom. Walaupun belum mengembang sepenuhnya tapi park ni dah tersangat meriah dengan kunjungan warga mereka.  Sementara di dalam bas kami menikmati Korean Street food which is Kebab tapi harga macam Kebab hipster di Malaysia. Ahaks! 


Kebab 5K won = 20 hinggit


Plan asal sepatutnya kami ke tasik buatan manusia iaitu Cheonggye Stream tapi terpaksa dibatalkan kerana rakyat Korea tengah buat demo jalanan untuk pertukaran presiden. Jalan ke sana ditutup dan kami terus menuju ke Cherry Blossom Park. Satu tempat dah x dapat pergi.. isk isk isk. Perjalanan ke sana x lah jauh sangat pun mengambil masa dalam 30min sahaja. Jom layan pemandangan SAKURA..!!! 



Get ready untuk makan tengahari






Ni nak cakap apa pulak? Kitorang dok beku kesejukan tapi bebudak Korea ni rileks je pakai seluar & skirt pendek. Whatt..??






Apesal sume terpinga pinga ni? Carik pokemon ke?



Yang ni antara pic fevret yang ak snap. Ak ingat lagi ad 1 gang gadis Malaysia ni suruh amik kan pic dorang guna DSLR. Dah la ak x pernah guna kot. Nebes mak! Ad la 3-4 keping ak snap. Sekali dorang tengok, dorang suka giler cakap cantik la ak snap kan. Muka eksaited x hengat. Ak macam..erkkk!! Well..tengok tangan la kan. Ahaks! 




 




Antara famous food di sini : 
Keledek manis. Nyum!!



Aiman Tino tertido kesejukan


Malam terakhir kami menghabiskan masa & duit yang berbaki di pekan Itaewon. Agak frust jugak la sebab x jumpa dah cap yang berkenan untuk cik tunang. Menyesal x beli masa kat Myeongdong aritu. Tutup mata dan bayar, kena campak cap tu belakang cite. Then, ak & akak ak borong kosmetik di ETUDE HOUSE. Kau kalau dah sampai sini,  memang kesalahan besar kalau x borong kosmetik dorang. Sebab murah kot! Jauh jurang harga yang dijual kat M'sia. Hu3..


Cap 9900 won
Make up + mask 22 800 won 
Eyeliner 2500 won

Selesai sudah hari2 di Korea. Rasa macam nak sambung terus ke Istanbul dan Jepun. Kikiki. One day mungkin..?? In syaa Allah, ameen. 

                            

Breakfast dalam plane jo lah. Maggi & Green Tea RM12.



Selamat tinggal bumi Korea. Semoga kita ketemu lagi.
~ Annyeong-hi gyeseyo ~





Notakaki : Misi perabih duit utk kawen

Baca entry lain

1 darlings

  1. menarik..jom join GA http://penselduabee.blogspot.my/2017/09/segmen-bloglist-oktober-disember-2017.html

    ReplyDelete

DRAMA QUEEN